Selepas undian peringkat separuh akhir UEFA Champions League berlangsung di Switzerland pada Jumaat lalu, Liverpool akan bertemu AS Roma manakala Bayern Munich akan bertemu Real Madrid.
Susulan dari keputusan undian tersebut, sebuah laman sosial Twitter, menggunakan nama Swiss Ramble, mengeluarkan data berkenaan ‘revenue’ pasukan-pasukan dari saingan UEFA Champions League 2017/2018.
Revenue Liverpool Paling Tinggi Dan Manchester United Paling Rendah
Dari semua 5 kelab England yang bersaing dalam UEFA Champions League musim ini, Liverpool menjadi pasukan paling tinggi menerima habuan dengan jumlah keseluruhan €66.1 juta.
Jumlah ini adalah hasil dari perolehan bagi bonus penyertaan, bonus prestasi serta ‘TV Pool’ hak penyiaran, masing-masing dengan nilai €12.7 juta, €28.4 juta dan €25 juta.
Chelsea pula berada ditempat kedua dengan jumlah perolehan €64.3 juta, Manchester City ditempat ke 3 dengan €62.2 juta, Tottenham Hotspur ditangga ke 4 dengan jumlah €60.1 juta dan Manchester United hanya mengutip €39.8 juta sahaja.
Sekiranya Liverpool menjuarai UEFA Champions League musim ini, mereka dijangka akan memperolehi ‘revenue’ sekitar €83 juta!
Kelab Itali Terima Hasil Lebih Tinggi Berbanding England
Berbanding dengan kelab-kelab dari England, kelab dari Itali menerima jumlah yang lebih tinggi kerana mereka hanya mempunyai 3 buah kelab dalam saingan UEFA Champions League, dan hasil dari ‘TV Pool’ hanya dibahagikan kepada 3 buah kelab sahaja.
AS Roma menjadi pasukan paling tinggi menerima wang hasil kejohanan ini dengan jumlah €81.6 juta, Juventus ditempat ke 2 dengan €78.5 juta dan Napoli pula ditempat ke 3 dengan €38.1 juta sahaja.
Sekiranya AS Roma muncul sebagai juara UEFA Champions League musim ini, skuad bimbingan Eusebio Di Francesco itu dijangka akan menerima sekitar €98 juta!
Real Madrid Terima hasil Paling Tinggi Dari La Liga
Bagi pasukan-pasukan dari La Liga pula, sehingga kini Real Madrid masih berada ditangga teratas kutipan hasil dari saingan UEFA Champions League dengan jumlah €71 juta.
Dikedudukan ke 2 pula diikuti Barcelona yang telah tersingkir dari saingan musim ini €57.3 juta, Sevilla ditempat ke 3 dengan hasil €47.8 juta dan dikedudukan terakhir Atletico Madrid dengan kutipan sebanyak €32 juta.
Real Madrid bakal menerima keseluruhan hasil dari kejohanan ini sebanyak €87 juta sekiranya muncul juara.
Bayern Munich Jauh Mendahului RB Leipzig
Di Bundesliga pula, Bayern Munich jauh meninggalkan pasukan ditempat ke 2, RB Leipzig dengan perbezaan €37 juta!
Bayern Munich setakat ini telah berjkaya meraih €71 juta manakala RB Leipzig pula hanya menerima €34 juta. Pasukan ditempat ke 3, Borussia Dortmund pula menerima sekitar €26 juta dan pasukan ditempat ke 4, Hoffenheim hanya menerima €10 juta sahaja.
Kelab yang terkeluar pada peringkat play-off akan menerima 10 juta dan Bundesliga merupakan liga yang menerima hasil ‘TV Pool’ paling rendah dari 5 liga utama eropah.
Bagi Bayern Munich, mereka dijangka akan mampu meraih sekitar €87 juta sekiranya berjay amenjadi juara UEFA Champions League musim ini.
Prestasi Lemah Punca Monaco Gagal Atasi PSG
Bagi pasukan dari Ligue 1 pula, PSG menerima hasil paling tinggi dari 2 pasukan lain, Monaco dan Nice.
Monaco mempunyai ratio ‘TV Pool’ paling tinggi berbanding PSG pada separuh pertama pembahagian, namun prestasi lemah dalam saingan UEFA Champions League adalah punca utama PSG berjaya berada diatas mereka.
PSG mendahului 2 kelab tersebut apabila meraih €61 juta, berbanding Monaco €47 juta dan Nice €11 juta.