Juara Liga Super Denmark, FC Midtjylland semakin hampir untuk beraksi di peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim hadapan setelah menewaskan kelab Switzerland, BSC Young Boys di perlawanan kelayakan pusingan ketiga.
Midtjylland, yang juga mempunyai pemain pertahanan kacukan Malaysia-Belgium iaitu Johan Dion Cools meraih kemenangan 3-0 ke atas Young Boys dimana-mana ketiga-tiga jaringan hadir pada separuh masa kedua.
VI ER VIDERE TIL PLAY-OFFS!!!!!#FCMYB | #UCL pic.twitter.com/RwP8qXFVfZ
— FC Midtjylland (@fcmidtjylland) September 16, 2020
Pemain Young Boys, Jordan Lefort menjaringkan gol sendiri pada minit ke-51. Awer Mabil dan Anders Dreyer kemudiannya menjaringkan satu gol pada minit ke-61 dan 84 sekaligus mengesahkan kemenangan Midtjylland.
Meskipun kelab tersebut meraih kemenangan, namun Dion Cools hanya dijadikan sebagai pemain simpanan dan tidak diturunkan sepanjang perlawanan.
Pada perlawanan kelayakan yang seterusnya, Midtjylland akan berdepan kelab Republic Czech, Slavia Praha.
Baca artikel lain mengenai Johan Dion Cools di sini:
Johan Dion Cools Sedia Bantu Luqman Hakim Menyesuaikan Diri Di Belgium
Johan Dion Cools Berminat Untuk Sarung Jersi Skuad Kebangsaan