Skuad Terengganu FC (TFC) mengekalkan kedudukan dalam kelompok tiga teratas Liga Super selepas mencatat kemenangan bergaya ke atas Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.

Kehadiran semula penyokong setia di stadium turut menambah semangat para pemain TFC untuk menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan yang cukup sengit.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan bermain secara perlahan. Memasuki minit 4, TFC mempunyai peluang apabila Faisal Halim meluru laju di bahagian tepi dan terus melorongkan bola ke arah David Da Silva, namun disia-siakan.

Memasuki minit ke-10 sekali lagi TFC sekali lagi mempunyai peluang apabila rembatan Hakimi Abdullah ditangkap mudah oleh penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza Hansen. Terengganu FC terus mengganas pada minit ke-25 apabila Azam Azmi diterjah keras oleh pemain pertahanan KL City tetapi diabaikan oleh pengadil.

FOTO: TFC

Kedua-dua pasukan mencari gol terus mengatur rentak pada separuh masa pertama dan merperlihatakan pasukan KL City lebih agresif di kawasan pintu gol TFC. Dengan 2 minit tambahan masa diberikan pada separuh masa pertama namun kedua-kedua pasukan buntu untuk mencari gol dan disudahi dengan jaringan 0-0.

Memasuki babak kedua permainan, TFC bermula dengan lebih agresif apabila pasukan tuah rumah ini membuat penukaran dengan mengeluarkan Faisal Halim yang mengalami kecederaan dan membawa masuk Engku Muhammad Nur Syakir.

Untuk perlawanan pada malam ini menunjukkan buat pertama kalinya bagi pasukan tuan rumah TFC menerima kunjungan daripada pemain ke-12 mereka dengan menyaksikan hampir 3000 orang penonton membanjiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Terengganu FC membuat penukaran kedua dan ketiga pada lewat permainan apabila mengeluarkan penyerang David Da Silva dan memasukkan Rahmat Makasuf manakala Hakimi Abdullah digantikan dengan Arif Anwar.

Memasuki minit ke-87, misi 3 mata TFC menjadi kenyataan apabila pemain import daripada Mali, Makan Konate memecahkan jaring KL City dengan rembatan yang cukup padu. Permainan berkahir dengan keputusan TFC menang 1-0 ke atas KL City.

Kemenangan itu menyaksikan TFC kini berada di tangga kedua Liga Super dengan 18 mata dibelakang JDT dan kedudukan ini akan berubah jika Kedah berjaya menewaskan Perak malam ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Bergson Da Silva Tambah Derita Sri Pahang Di Minit Akhir Perlawanan

Bung Moktar Beri Amaran Kepada Pemain Yang Calar Imej Sabah FC

Skuad KDA FC Terima Suntikan Vaksin Dos Pertama

Terlalu Bangga Seri Bertemu JDT II, Adakah Ini ‘Sign of Insecurity’ Michael Feichtenbeiner Sebenarnya?