Real Madrid juara Piala Super Eropah buat kali kelima dalam sejarah kelab mereka.
Pemenang Liga Juara-Juara, Real Madrid mengalahkan Eintracht Frankfurt 2-0 untuk merangkul kejuaraan tersebut untuk menjadi kelab terbanyak memenanginya bersama sama dengan Barcelona dan AC Milan.
Gol separuh masa pertama daripada David Alaba dan satu lagi daripada Karim Benzema pada minit ke-65 – yang berjaya menjulang pemain Perancis itu ke tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Real dengan 324 gol – melengkapkan gelaran untuk pasukan Sepanyol itu.
Juara Liga Europa musim lalu, Eintracht telah memberikan tentangan yang sengit pada separuh masa pertama dan mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi akhirnya mereka akur dengan Real Madrid.
Carlo Ancelotti terus memberikan kejayaan manis sejak kembali semula ke Real Madrid. Dan kini di menjadi pengurus yang paling sukses dalam kejohanan tersebut.
Real Madrid juara Piala Super Eropah musim ini sekaligus memberikan Piala Super Eropah keempat buat Carlo Ancelotti. Yang mengatasi Pep Guardiola dengan 3 kejuaraan.
Secara keseluruhan Carlo Ancelotti memenangi Piala Super Eropah sebanyak 5 kali selaku pengurus dan pemain.
Selepas membantu Real Madrid juara Piala Super Eropah, Carlo Ancelotti berkata: “Kami menghadapi kesukaran pada mulanya. Tetapi kami tidak kehilangan kesabaran dan mengawal perlawanan selepas gol pertama.”
“Kami mempunyai banyak keyakinan. Kami tidak hebat tetapi mantap. Kami boleh mencari peluang yang sesuai untuk menjadi efisien di hadapan.”
Ancelotti meletakkan kesebelasan utama yang sama yang menewaskan Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara, dan jurulatih Frankfurt Oliver Glasner mempunyai 10 pemain dalam kesebelasan utamanya daripada kemenangan Liga Europa ke atas Rangers.
Perkara positif daripada Frankfurt, mereka kelihatan sudah pulih daripada kekalahan Bundesliga 6-1 menentang Bayern Munich minggu lalu dan juga tidak tergangg dengan sejarah kekalahan satu-satunya pertemuan sebelum ini dengan Real 7-3 pada final Piala Eropah 1960.
🏆✒️ Most #SuperCup wins:
5⃣ Real Madrid
5⃣ AC Milan
5⃣ Barcelona pic.twitter.com/HvocDS0OL4— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 10, 2022
Tetapi Real Madrid juara Piala Super Eropah selepas menunjukkan kelas mereka dalam saingan pentas Eropah sekali lagi. Kejayaan Real Madrid juara Piala Super Eropah ini menaikkan lagi status Karim Benzema selaku calon pilihan untuk Ballom D’Or kali.
Syabas kepada Real Madrid. Fokus mereka selepas ini pastinya untuk mempertahankan kejuaraan La Liga dan UCL.
Baca juga:
‘Kasihan Varane Tinggalkan Real Madrid Untuk Kelab Carca Merba’
Real Madrid Dan Man City Pantau Situasi Kontrak James Di Chelsea
Perez Sindir Mbappe: “Tiada Nama Mbappe Hari Ini, Cuma Ada Keraian Kejuaraan Real Madrid”