Legenda Manchester United Rio Ferdinand telah bersuara mempertahankan Raphael Varane.
Ferdinand meletakkan empati pada Varane selain daripada simpati kepada situasi melandanya.
Pemain Perancis itu menyertai United pada musim panas lalu selepas memenangi semua piala di Real Madrid tetapi mengharungi kempen pertama yang sukar di Old Trafford.
Kecederaan memaksanya terlepas 17 perlawanan sepanjang musim sulungnya bermakna dia hanya bermain 29 perlawanan.
United menduduki tempat kedua dalam Liga Perdana pada 2020/21 tetapi menduduki tempat keenam musim lalu, layak ke Liga Europa selepas bertarung sampai ke hari terakhir.
Bagi Ferdinand, Varane tidak layak menerima kritikan pedas untuk musim pertamanya di England. Dia masuk ke sebuah kelab dalam keadaan huru-hara dengan mentaliti yang berada sejuta batu di belakang dari Santiago Bernabeu.
“Dia datang dari kelab yang mana jumlah piala yang dia ada akan memberitahu anda beraksi pada tahap tertinggi, dengan pemain secara konsisten bermain pada tahap terbaik mereka,” kata Ferdinand kepada Diario AS.
🗣️ Rio Ferdinand: "Varane went from a team that was a functioning one at the top level, all players playing to their maximum consistently – and went into an absolute reverse situation where the team has zero functionality, no confidence, no guidance, and no structure." @FIVEUK pic.twitter.com/aoCmtKnSQ1
— Infinite Madrid (@InfiniteMadrid) June 21, 2022
“Dan kemudian dia tiba ke situasi yang sama sekali berbeza di mana kelab tidak berfungsi dengan betul.”
“Tiada keyakinan, tiada bimbingan, tiada struktur. Dia telah sampai ke tempat yang pelik di mana dia mesti berfikir: ‘Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini sejak saya masih muda.’ Datang daripada budaya di Real Madrid dan standard bertaraf dunia itu kepada United [yang ada musim lalu] – akan menjadi satu perubahan besar.”
Ferdinand, 43, dianggap sebagai antara bek tengah terbaik yang pernah bermain dalam EPL.
Dia menghabiskan 12 tahun kerjayanya di United dan memenangi segala-galanya untuk dimenangi – enam gelaran Liga Perdana Inggeris, dua Piala Liga, empat Perisai Komuniti, Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Kelab.