Raphael Varane tampil membidas peraturan baharu masa kecederaan yang dianggap akan memudaratkan pemain dari segi fizikal dan mental.
Baca Juga:
- Insiden Onana Berang Dengan Harry Maguire: “Saya Seorang Yang ‘Demand'”
- Penyokong Man United Tak Tahan Lagi, Desak Maguire Dijual
- Arsenal Juara Perisai Komuniti 2023/24 Atas Man City
Guardiola semalam membidas tentang masa kecederaan terlalu lama. Cuma Guardiola menegaskan bahawa pengurus dan pemain tak diberitahu tentang peraturan itu.
Sebaliknya Varane pula menyatakan para pemain dah diberitahu minggu lalu.
Varane menyatakan bahawa pemain sudah dimaklumkan perkara itu minggu lalu.
Varane menulis pandangannya tentang masa kecederaan yang terlalu panjang mirip Piala Dunia 2022: “Kami ada pertemuan dengan pihak FA minggu lalu. Dan mereka mencadangkan cara pengadilan dan peraturan baharu yang akan dipakai pengadil.”
“Dari sudut pengurus dan pemain, kami sudah menyuarakan banyak kebimbangan tentang terlalu banyak perlawanan. Jadual perlawanan terlalu padat dan ianya boleh memudaratkan pemain dari segi fizikal dan mental.”
“Walaupun sudah menerima maklumbalas daripada kami sebelum ini, mereka kini malah mencadangkan bahawa musim akan datang; perlawanan akan lebih panjang, lebih intensif, dan semakin kurang emosi ditunjukkan pemain.”
“Kita cuma mahu berada dalam keadaan terbaik ketika di atas padang untuk memberikan 100% kepada kelab dan pemain. Tetapi kenapa pandangan kami tak didengari?”
Raphael Varane had released a statement expressing his concerns over fixture congestion and players' well being 🗣️ pic.twitter.com/qPRIC9t8nt
— ESPN UK (@ESPNUK) August 7, 2023
“Sebagai seorang pemain, saya berbesar hati melakukan kerja yang saya suka seiap hari. Namun perubahan terbaru ini akan merosakkan permainan kami.”
“Kami mahu berada di tahap maksimum, yang terbaik yang kita mampu, dan memberikan persembahan yang luar biasa kepada penyokong untuk bersorak setiap minggu.”
“Saya percaya ianya sangat penting bahawa kami, pemain dan pengurus menggariskan isu penting ini sebagai usaha kami melindungi permainan yang kami cintai dan memberikan yang terbaik kepada penyokong kami.”
We had a meeting last week with the FA. They recommended from the referees new decisions and rules.
From the managers and players, we have shared our concerns for many years now that there are too many games, the schedule is overcrowded, and it’s at a dangerous level for…
— Raphaël Varane (@raphaelvarane) August 7, 2023
Mikel Arteta pula tidak sependapat dengan Varane. Di mana pengurus Arsenal itu memuji langkah pengenalan masa kecederaan baharu dalam Liga Inggeris yang mirip Piala Dunia 2022.
Dan beliau sudah sedia mempersiapkan pemainnya untuk beraksi untuk 100 minit setiap perlawanan selepas ini.
“Selepas ini setiap perlawanan bukan lagi 90 minit tetapi 100 minit. Kita harus bersedia untuk beraksi 100 minit untuk aksi aksi seterusnya,” tegas Arteta sambil meraikan kejayaan menjulang Perisai Komuniti hasil daripada manfaat peraturan masa kecederaan yang baharu itu.