Real Madrid cemerlang menewaskan Eibar 3-1 pada aksi sebelah hari Ahad dalam pertandingan kompetitif pertama mereka di stadium Alfredo di Stefano.
Perlawanan diadakan di stadium pasukan pembangunan kerana Santiago Bernabeu megalami kerja kerja naik taraf. Lagipun ini peluang Real Madrid untuk melakukannya kerana aksi tanpa penyokong.
Toni Kroos membuka tirai jaringan untuk Real dengan menjaringkan gol pada minit keempat.
Sementara kapten Sergio Ramos meledak gol pada minit ke-30.
Seorang lagi pemain pertahanan, Marcelo pula menambahkan satu lagi gol dengan jaringan gol pada minit ke-37.
Pada separuh masa kedua pasukan pelawan menjaringkan gol tunggal perlawanan mereka menerusi Pedro Bigas.
Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane menggunakan kelima-lima pemain gantiannya ketika pemainnya agak keletihan.
Kemenangan itu membuatkan Real terus berada di kedudukan pencabar kejuaraan La Liga dengan 59 mata selepas 28 perlawanan.
4' Kroos
30' Ramos
37' MarceloReal Madrid are getting it done 💪 pic.twitter.com/ZpshgdptWf
— B/R Football (@brfootball) June 14, 2020
Real Madrid mahu menghalang Barcelona daripada menjuarai La Liga tiga kali berturut-turut.
Mereka ketinggalan hanya dua mata di belakang Barca selepas pasukan Catalan itu mengalahkan Real Mallorca 4-0 pada aksi sebelah Sabtu.
“Kami sangat gembira dengan tiga mata dan semuanya mulai kembali normal,” kata Ramos.
“Agak pelik bagi semua orang untuk kembali setelah menghadapi krisis yang dahsyat. Ini adalah situasi yang pelik, tetapi akhirnya kami kembali. Bola sepak sangat penting bagi semua orang dan untuk dapat memijak semula padang rumput kembali memberi kami kegembiraan yang tak terhingga.”
Baca perkembangan lain tentang Real Madrid
Real Madrid Tamatkan Baki Musim Ini Di Stadium Kecil 6,000 Tempat Duduk
Dortmund Capai Persetujuan Verbal Halang Haaland Sertai Real Madrid
Kelab Paling Bernilai: United Di Belakang Real Madrid, Liverpool Catat Peningkatan Mendadak