Syarikat penerbangan terkemuka dunia, Qatar Airways mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Philippines Football League (PFL) dan muncul sebagai rakan penerbangan rasmi saingan liga itu.

Menurut satu kenyataan rasmi ringkas di laman sosial Twitter rasmi mereka semalam, Qatar Airways akan menjadi rakan penerbangan rasmi saingan PFL selama 3 musim sehingga tahun 2022 disamping membantu menyokong pembangunan bola sepak di Filipina.

Dengan pengumuman ini juga, dapat dikatakan bahawa pihak Qatar Airways sangat komited kepada pembangunan bola sepak di Filipina selepas mereka juga merupakan penaja utama saingan PFL seperti yang telah diumumkan pada hujung bulan November 2019 yang lalu.

Dengan kerjasama itu juga menyaksikan logo Qatar Airways akan terpapar di setiap jersi pemain semua kelab dalam saingan PFL dan baju rasmi pegawai pasukan, papan iklan di setiap venue perlawanan, bendera di stadium, paparan LED dan konten digital serta pelbagai lagi aktiviti lain.

Menurut presiden Persatuan Bola Sepak Filipina (PFF), Nanong Araneta memberitahu bahawa hasil penjaan itu akan membolehkan mereka mempunyai dana yang cukup untuk menjalankan operasi bagi kejohanan bola sepak peringkat bawah umur seperti B18, B17 serta B16 dibawah PFL dalam peringkat kebangsaan.

Selain itu, ia juga membuka lebih banyak peluang untuk membangunkan liga B12 dan B14 diperingkat regional untuk mencungkil lebih banyak bakat-bakat muda bagi menaikkan lagi taraf bola sepak Filipina.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Filipina yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Pemain Ceres Negros Ini Teruja Untuk Menentang Pasukan ‘Kampung’ Sendiri Dalam Play-Off AFC Champions League

Rasmi: Qatar Airways Sah Menjadi Rakan Rasmi Liga Bola Sepak Filipina (PFL), Kontrak 3 Tahun Sehingga 2022

Qatar Airways Taja Liga Bola Sepak Filipina 3 Tahun, Bakal Majukan Pembangunan Pemain Muda

Ceres Negros Terlepas Khidmat Stephan Schröck Berdepan FC Tokyo Akibat Penggantungan 2 Kad Kuning

Sumber