Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengumumkan bahawa, pentadbirannya memberikan kebenaran kepada La Liga untuk bersambung semula.
Sebelum ini La Liga merancang untuk kembali pada 12 Jun. Perkara itu nampaknya boleh direalisasikan apabila kerajaan memberikan kebenaran agar La Liga boleh disambung semula bermula 8 Jun hadapan.
Perkara itu diumumkan oleh La Liga menerusi kenyataan rasmi di laman web mereka.
The Spanish government has given the green light for the return of professional sport – including #LaLigaSantander and #LaLigaSmartBank – as of June 8th, following guidelines from the Ministry of Health.#BackToWin pic.twitter.com/OjjV61pnBf
— LALIGA English (@LaLigaEN) May 23, 2020
Namun begitu, kesemua perlawanan sudah pastinya akan diadakan dalam stadium kosong dan dengan prosedur keselamatan dan kebersihan yang sangat ketat.
Ini adalah peluang terbaik untuk Real Madrid dalam usaha mereka mahu menghalang Barcelona daripada menjadi juara 3 kali berturut-turut selepas 2009-11.
Pasukan pasukan di Sepanyol sudah pun mulai menjalani latihan sejak beberapa minggu lalu.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
Juventus Sekali Lagi Cuba Gagalkan Usaha United Dengan Pendekatan Sama
UEFA Akhirnya Akui Pengadil Membantu Kemenangan 6-1 Barca Ke Atas PSG