Juara berganda Liga Amatur Terengganu (TAL) 2019, Kerteh FC hari ini mengumumkan secara rasmi pemeterian kerjasama dengan kelab UE Sant Andreu yang berpangkalan di Barcelona, Sepanyol
Menerusi kerjasama itu, kelab Tercera Divisyen itu meletakkan Kerteh FC di bawah International Club Partnership Programme mereka.
Kerjasama tersebut melibatkan beberapa perkara penting termasuk perkembangan pelatih akademi di Kerteh FC dan memberi pelbagai peluang serta manfaat di dalam dan luar padang.
Malah turut merangkumi perkembangan struktur organisasi kelab bagi menjadikan lebih berdaya saing.
“UE Sant Andreu menyokong matlamat kami untuk menjadi tempat mengembangkan bakat pemain bola sepak dan mereka yang mempunyai cita-cita beraksi dengan cabaran yang baru,” kata Presiden Kerteh FC, Mohd Razeman Mat Nashim.
“Kami gembira dengan kerjasama yang terjalin ini kerana ia sekali gus dapat memasarkan jenama kami di peringkat antarabangsa, khususnya di Sant Andreu.
“Terima kasih kepada Penasihat teknikal kami, Mr. Oscar Riera yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan usaha ini. Tanpa pengalaman, pengetahuan serta hubungan luas beliau, mustahil perkara ini menjadi kenyataan.”
Kerteh FC mempunyai perancangan jangka panjang yang bukan sekadar ke arah sebuah kelab bola sepak profesional tetapi lebih penting dapat melahirkan lebih banyak bakat-bakat bola sepak tempatan pada masa depan.
Mengenai UE Sant Andreu:
UE Saint Andreu ditubuhkan pada 1909 dan bersaing di Tercera Division – Kumpulan 5 di dalam liga bola sepak Sepanyol dan merupakan sebuah kelab bola sepak profesional yang berpusat di daerah Saint Andreu, Barcelona. Musim 2019/2020 mereka berjaya melayakkan diri ke Play-off Segunda Division B.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Kerteh FC Jana Hampir RM55,000 Hasil Jualan 1,078 Helai Jersi Pasukan Dalam Tempoh 7 Bulan Sahaja
Tonton Video Temubual Santai Bersama Hadi Fayyadh Berbahasa Bahasa Jepun Yang Layak Terima Pujian