Kerteh FC telah mencapai persetujuan dengan agensi GhazooSports untuk menjalin kerjasama dan menerokai pelbagai peluang komersial di Australia dan New Zealand untuk dua musim akan datang.
GhazooSports ditugaskan untuk membangunkan program pemasaran dan pembangunan belia Kerteh FC dengan mewujudkan program kerjasama dengan pasukan bola sepak profesional di Australia dan New Zealand.
“Ketika kami bergerak maju dengan rancangan 5 tahun kami, profil kelab bola sepak kami berada pada tahap yang sangat memuaskan,” kata Ketua Eksekutif, Syed Khairi Amier.
“Kami berhasrat untuk bersaing di peringkat tertinggi dan kami berharap dapat melakukannya dengan pemain tempatan memiliki berpengalaman bermain di luar negara yang bakal lahir dari program kami.”
“Kerjasama dengan Ghazoo Sports berpotensi membantu mendorong bakat muda kami ke Australia dan New Zealand.”
“Terdapat keghairahan bola sepak yang luar biasa dari rakan kami di Asia Tenggara, dan kami berharap dapat memanfaatkan pengalaman dan hubungan kami di Australia serta Malaysia untuk membantu pertukaran kepakaran teknikal dan pembangunan komersial,” jelas Ghaz Ramli, Pengarah Ghazoo Sports.
Untuk rekod, pada bulan Januari yang lalu, Kerteh FC telah menandatangani perjanjian dengan IMC Sports and Entertainment yang menyaksikan agensi sukan tersebut sebagai wakil eksklusif penjualan penajaan untuk kelab.
Agensi ini akan membangunkan prospektus penajaan, mewakili Kerteh FC dalam rundingan penajaan, dan bertanggungjawab untuk penganjuran dua forum bersama rakan penaja musim ini
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
Amirizdwan Taj: Daripada ‘Striker’ Kolej Perindu UiTM Shah Alam Hingga Dipanggil Datuk K Rajagobal
Bekas Jurulatih Berkongsi Kisah Bagus Kahfi Dan Hamsa Lestaluhu Ketika Beraksi Untuk Frenz United
Lelaki Poland Ini ‘Exchange’ Jersi AS Roma Dengan Rakannya Untuk Miliki Jersi Selangor Musim 2013