Kelantan FC mengesahkan perlantikan Frank Bernhardt sebagai ketua jurulatih mereka yang baharu.
Baca Juga:
- Manchester United vs Everton: Red Devils Cemerlang, Marcus Rashford Cedera
- Aksi Everton vs Tottenham Dihentikan Seketika, Beri Laluan Untuk Pemain Berbuka Puasa
- Bayern vs Dortmund: Thomas Tuchel Nikmati Permulaan Impian
Spekulasi tentang nama Frank Benhardt menjadi jurulatih Kelantan sudah lama bertiup kencang sejak dia dilantik menjadi pengarah teknikal pasukan lagi.
Malah ada yang sudah berteori bahawa sebenarnya memang Kelantan mahu melantik Bernhardt menjadi jurulatih baharu dan menyingkirkan Choi Moon Sik daripada kerusinya.
Dan spekulasi itu menjadi lebih kencang apabila Frank Bernhardt yang berjawatan Pegawai Teknikal, turun padang dan dilihat membantu mengendalikan sesi latihan.
Choi Moon Sik sebelum ini disahkan direhatkan daripada jawatannya. Dan digantikan dengan Reza Zambery Yahya sebagai interim.
Berlaku konflik antara pengurusan Kelantan dengan ejen kepada Choi Moon Sik yang membuat beberapa tuduhan kepada kelab itu.
Ini termasuk dakwaan tidak membayar gaji dan tidak menjaga kebajikan pemain.
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menafikan dakwaan tersebut dan bertekad mahu mengambil tindakan perundangan.
Kemudian isu ketua jurulatih Kelantan pula menjadi persoalan.
Ketika itu, Zamsaham menyatakan bahawa mereka ada beberapa pilihan untuk melantik jurulatih tetap.
Dan akhirnya rasmi melantik Frank Bernhardt sebagai ketua jurulatih yang baharu.
Dalam kenyataan ringkas menerusi laman Facebook kelab itu berkata:
“Frank Bernhardt sah dilantik sebagai Ketua Jurulatih TRW Kelantan FC yang baru.”
“Beliau yang sebelum ini diberi peranan sebagai Pengarah Teknikal mempunyai pengalaman sebagai ketua jurulatih bersama Skuad U23 Malaysia dan UiTM FC.”
“Semoga perlantikan ini dapat memacu dan membantu TRW Kelantan FC ke arah lebih baik.”