Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim, Jorge Pereyra Diaz sah akan kembali dalam saingan bola sepak Asia apabila bersetuju untuk menyertai kelab dalam saingan India Super League (ISL), Kerala Blasters.

Menurut laporan dari sebuah portal Khel Now, Kerala Blasters sudah pun melengkapkan perpindahan masuk Jorge Pereyra Diaz sebagai pemain import ke-3 mereka musim ini selepas membawa masuk Andrian Luna (Uruguay) dan Enes Sipovic (Bosnia Hezergovina).

Dalam laporan itu juga ada menyebut bahawa, Jorge Pereyra Diaz berjaya mendapatkan pelepasan dari kelab beliau sebelum ini untuk membolehkannya menyertai Kerala Blasters sebelum sepak mula musim 2021/2022 yang akan bermula pada 9 November 2021 nanti.

Pemain berusia 31 tahun itu asalnya memiliki kontrak sehingga bulan Disember 2021 bersama Atletico Platense, tetapi kelab bersetuju melepaskannya untuk menandatangani kontrak 1 musim bersama Kerala Blasters.

Sebagai rekod, musim 2020/2021, Kerala Blasters menamatkan saingan India Super League dikedudukan ke-2 tercorot, dimana mereka hanya mampu mencatatkan 3 kemenangan dari 20 perlawanan.

standing ISL

Bagi mempersiapkan pasukan menjelang aksi musim baru, pihak kelab telah mula mengadakan sesi latihan pra musim di Goa sejak 30 Julai yang lalu dimana seramai 29 orang pemain telah menyertainya.

Pemain-pemain yang baru ditandatangani dijangka akan turut menyertai sesi tersebut sebagai selepas tiba di India.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Portal Sukan Turki Ini Kaitkan Perpindahan Radamel Falcao Ke JDT Sejak 10 Hari Yang Lalu

Presiden Sebuah Kelab Thai League 2 Rupanya ‘Tokan’ Dadah, Aset Bernilai Lebih RM19 Juta Dirampas

Jersi Buriram United Terjual 51,677 Helai, Menjana Jualan Sekitar RM4.56 Juta Dalam 3 Minggu!

Sumber