Sebelum ini Joao Felix pernah menyatakan bahawa impiannya adalah untuk menyertai Barcelona. Impian itu wujudk sejak dari kecil lagi.

Kenyataan itu membuatkan ramai peminat Atletico bengang dan mereka mendesak agar Joao Felix dilepaskan segera.

Felix sebenarnya sudah lama tak sehaluan dengan Diego Simeone. Dan dia mencari jalan keluar untuk menyertai Barcelona.

Dan Joao Felix akan merasai bagaimana detik impiannya tercapai!

Setelah melalui proses agak rumit, kerana status ekonomi Barcelona, kelab itu akhirnya berjaya mendapatkan Joao Felix secara pinjaman dari Atletico Madrid.

Dengan tiada klausa beli tetap dimasukkan dalam kontrak tersebut.

Musim lalu Joao Felix menyertai Chelsea secara pinjaman. Sebelum ke London dia sempat melanjutkan kontrak jangka panjang sehingga 2027.

Joao Felix tidak dapat berpindah secara tetap ke Chelsea kerana harga diminta Atletico terlalu tinggi. Sekitar €90 juta selepas Chelsea membayar €12 juta untuk meminjamnya.

Joao Felix kembali ke Sepanyol namun dia sudah menegaskan dia tak mahu bermain di bawah kendalian Simeone.

Pengurus itu pula tidak berminat untuk menyertakan nama pemain itu dalam skuadnya. Dan memberikan no skuad milik Felix iaitu no.7 kepada Antoine Griezmann.

Joao Felix menarik minat beberapa kelab EPL namun dia menjadikan Barcelona sebagai destinasi pilihannya.

Barcelona akhirnya menyatakan mereka berminat mendapatkan Felix terutama sekali selepas pemergian Ousmane Dembele ke PSG.

Ini adalah peluang untuk Joao Felix membuktikan kualiti sebenarnya di Barcelona. Kerana taktikal Xavi berasaskan permainan menyerang.

Felix sebelum ini pernah mengkritik tatikal Simeone sebagai tidak menggembirakannya kerana agak pragmatik dan defensif.