Masa depan Joao Felix di Atletico Madrid terus tidak menentu, terutama sekali apabila kelab itu telah memberikan jersi no.7 miliknya kepada Antoine Griezmann.
Baca Juga:
- UCL: Joao Felix Yakin Kai Havertz Akan Tembusi Gawang Dortmund
- RASMI: Joao Felix Sertai Chelsea
- Chelsea Sedia Tewaskan Arsenal Dapatkan Joao Felix
7️⃣ J̶o̶a̶o̶ ̶F̶e̶l̶i̶x̶ ̶
7️⃣ Griezmannpic.twitter.com/ny0qAyRaaA— Family History (@FamilyHistoryTW) July 6, 2023
Ianya isyarat jelas bahawa Atletico Madrid sudah tidak memerlukan Joao Felix sebagai bintang utama mereka.
Joao Felix sebenarnya sudah lama tidak sehaluan dengan Diego Simeone. Ini selepas Felix kerap mempersoalkan kenapa dia selalu disisihkan ke bangku simpanan.
Namun apa yang pelik, Joao Felix boleh pula bersetuju melanjutkan kontraknya, sebelum dia menyertai Chelsea secara pinjaman.
Ketika itu Atletico memujuknya melanjutkan kontrak untuk membolehkan kelab itu menjualnya dengan harga tinggi selepas tempoh pinjaman di Stamford Bridge.
Malangnya, selepas tamat tempoh pinjaman di Stamford Bridge, pemain itu dikembalikan ke Atletico.
Isu harga sentiasa menjadi masalah utama untuk Chelsea mendapatkan Felix. Di mana Atletico sebelum ini menyatakan bahawa Joao Felix hanya akan dilepaskan ke Chelsea secara tetap jika kelab London itu sanggup membayar €90 juta.
Chelsea dipercayai membayar €10 juta untuk meminjam pemain itu selama semusim.
Jadi Atletico mensasarkan mereka akan mendapat sekurang kurangnya €100 juta terkumpul daripada perjanjian itu. Tetapi Chelsea kelihatan tidak berminat untuk mendapatkan pemain itu secara tetap. Walaupun Felix terang terangan menyatakan dia benar benar mahu terus kekal di Chelsea.
Selepas dia kembali ke Atletico, Joao Felix bersemuka dengan Diego Simeone.
Dan mereka secara terbuka meluahkan bahawa kedua duanya tidak mahu bekerjasama lagi. Joao Felix dibenarkan mencari kelab baharu. Dan begitu juga dengan Atletico, di mana Joao Felix meminta kelab itu mempertimbangkan tawaran daripada kelab lain kepadanya.
Joao Felix has been stripped of his No.7 jersey at Atletico Madrid and it has been returned to Antoine Griezmann.
It is reported that it is known internally at the club that Felix and Simeone dont want to work together again 👀 pic.twitter.com/9gOeJsn1A5
— FootballJOE (@FootballJOE) July 7, 2023
Kontrak semasa Joao Felix adalah sehingga 2027. Jadi, Atletico tidak akan menjual pemain itu pada harga murah.
Latihan pra musim akan bermula, dan Joao Felix diberitahu bahawa dia bukan lagi pemilik no.7 sebaliknya jersi itu dikembalikan semula kepada Antoine Griezmann.
Di mana Griezmann memakai jersi itu sebelum dia menyertai Barcelona.
Ketika Griezmann ke Barca, Felix dibeli oleh Atletico dengan nilai €126 juta dari Benfica dan dia diberikan jersi tersebut. Felix memakai jersi itu untuk 3 tahun setengah, sebelum dia pergi ke Stamford Bridge secara pinjaman.
Ketika itu jersi no.7 itu tiada pemakai untuk separuh kedua musim 2022/23.
Atletico yang awalnya tidak bercadang membeli Griezmann secara tetap dari Barcelona telah berubah fikiran. Ini selepas pemain itu kembali menunjukkan prestasi cemerlangnya. Walaupun awalnya dia bergelut.
Griezmann memang sinonim dengan no.7 terutama sekali ketika di Atletico Madrid.
Jadi bagaimana dengan Joao Felix? Adakah dia akan meninggalkan Atletico pada jendela perpindahan kali ini?