JDT secara rasminya umum Endrick Dos Santos sebagai pemain baharu Harimau Selatan bagi memperkuatkan pasukan mereka untuk menghadapi kempen musim 2023.

Baca Juga:

Sebelum ini JDT turut mengumumkan kepulangan semula bekas penyerang berbisa mereka, Diogo Luis Santo.

Endrick sebelum ini pernah bermain untuk beberapa pasukan di dalam Liga Malaysia, ini termasuk Selangor dan Pulau Pinang.

Prestasi cemerlangnya bersama Selangor dan Pulau Pinang membuatkan nama Endrick Dos Santos bukannya asing di kalangan peminat skuad negara.

Nama Endrick Dos Santos sudah lama dikaitkan dengan JDT. Pemain itu akhirnya benar benar rasmi dimumumkan sebagai pemain yang akan menguatkan bahagian tengah pasukan juara bertahan Liga Super Malaysia itu.

Pada tahun 2022, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi Pengarah Sukan mereka ketika itu – Martin Prest – menyatakan bahawa mereka sedang dalam rundingan untuk menandatangani Endrick Dos Santos sebagai pemain naturalisasi kelab itu untuk musim 2023.

“JDT akan merekrut Endrick dos Santos untuk musim 2023, dengan kemungkinan untuk dinaturalisasi. Kelab telah membuat keputusan untuk hanya menaturalisasikan pemain yang masih muda dan boleh memberi sumbangan untuk jangka masa panjang,” kata Martin Prest.

Endrick Dos Santos baru berusia 27 tahun. Dan sudah memiliki pengalaman luas tentang Liga Malaysia.

Kehadiran beliau bersama JDT diharap akan memperkuatkan lagi ketebalan skuad mereka. Memandangkan JDT akan turun sebagai juara bertahan dalam pertandingan liga dan kesemua piala domestik untuk musim 2023.

JDT umum Endrick Dos Santos menerusi video ringkas dengan kapsyen: “Selamat datang ke rumah sang juara.”

Selamat maju jaya di kelab baharu buat Endrick Dos Santos.