Juara Piala Dunia 2022, Argentina bakal menguji kemampuan dua pasukan Asia apabila mereka dijadualkan untuk turun menentang Indonesia dan Australia pada Jun ini.
Baca Juga:
- RASMI: Argentina Ganti Indonesia Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia B-20
- Ranking FIFA: Argentina Nombor 1 Dunia Pintas Brazil
- Sea Games 2023: Aksi Indonesia Menentang Thailand Cipa Rekod Baharu
Perkara ini dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi mereka dimana skuad bimbingan Lionel Scaloni itu akan turun menentang Australia di Beijing pada 15 Jun dan Indonesia di Jakarta pada 19 Jun.
Dua perlawanan ini bakal berlangsung dalam kalendar FIFA dan liga utama Eropah sedang bercuti sekaligus Argentina dijangka membawa pemain terbaik mereka seperti Lionel Messi, Julian Alvarez dan Emiliano Martinez.
#SelecciónMayor Gira Asia 2023
Amistosos confirmados:
15/06 vs @Socceroos en Beijing.
19/06 vs #Indonesia en Yakarta.¡Vamos Selección! 🇦🇷💙 pic.twitter.com/0FJwEZ83uH
— 🇦🇷 Selección Argentina ⭐⭐⭐ (@Argentina) May 22, 2023
Akan tetapi, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) masih belum memberikan pengesahan mengenai perlawanan ini meskipun FA telah membuat pengumuman.
Salah seorang EXCO PSSI iaitu Arya Sinulingga berkata pihaknya akan membuat pengumuman dalam masa terdekat setelah ada perjanjian hitam dan putih antara kedua-dua belah pihak.
Ini kerana pihaknya tidak mahu peminat Indonesia kecewa sekali lagi seperti yang terjadi ketika negara itu kehilangan hak untuk menganjurkan temasya Piala Dunia B-20 Tahun.
“Kami tidak boleh menjamin perlawanan itu akan berlangsung sekiranya belum ada hitam dan putih,” katanya
Selain menentang Argentina, skuad Garuda juga bakal berdepan dengan Palestine pada 14 Jun.
Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong telah menyediakan senarai pemain untuk dipanggil bagi menghadapi dua perlawanan tersebut.