Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila mengumumkan kehadiran pemain import baharu dari Brazil, Herbety Fernandes.
Baca Juga:
- Dua Jenama Antarabangsa Bakal Bekerjasama Dengan JDT
- JDT Didenda RM120,000 Kerana Bakar Suar Di Stadium Sultan Ibrahim
- ‘Open Play’ Punca Selangor Tewas Kepada JDT
Penyerang yang berusia 34 tahun itu cukup dikenali di rantau asia tenggara kerana beliau merupakan bekas penjaring terbanyak Liga Thailand pada musim 2014 dengan rekod 26 gol ketika mewakili Ratchaburi Miltr Phol.
Beliau juga pernah membantu kelab gergasi Thailand, Muangthong United menjuarai Piala Liga Thai dan Kejuaran Mekong pada musim 2017.
Pada musim lepas, Heberty beraksi bersama Bangkok United dan berjaya membantu kelab itu raih gelaran naib juara Liga Thailand. Beliau telah menjaringkan 35 gol dalam 70 penampilan bersama Bangkok United.
Welcome to the Home of the Southern Tigers! 💙❤️#Heberty#NewSigning#JDTFamily#WhatCanYouDo pic.twitter.com/hvn2nPvKkA
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 21, 2023
Kehadiran Heberty akan memperkuatkan lagi jentera serangan Harimau Selatan bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim ini dan juga saingan AFC Champions League (ACL).
Pemilik kelab, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) semalam memberi bayangan Heberty akan menggantikan tempat Diogo Luis Santo yang mengalami kecederaan.
“Bagi saya, kemungkinan besar ada pemain import baru yang akan dibawa masuk untuk tambah lebih saingan dalam skuad. Dan juga untuk memperbaiki pasukan kami.
“Macam buat masa ini, kami tahu Diogo cedera selama beberapa bulan. Anda tahu bahagian mana yang memerlukan pemain import.
“So, dalam perancangan itulah yang dirancangkan. Kami sudah bincang dan berunding buat masa ini. Sudah tentu akan ada agenda untuk memperbaiki pasukan,” kata TMJ dalam satu video temu bual di laman facebook Johor Southern Tigers.
Selain Heberty dan Diogo, JDT sudah mempunyai 7 pemain import berkualiti seperti Bergson da Silva, Juan Muniz, Oscar Arribas, Jordi Amat, Shane Lowry, Leandro Velasquez dan Fernando Forestieri yang kini merupakan penjaring terbanyak Liga Super.