Juara Jerman, Bayern Munich telah mengesahkan bahawa kapten antarabangsa England, Harry Kane telah sertai mereka dari Tottenham Hotspur.

Baca Juga:

Pemain berusia 30 tahun itu telah menandatangani kontrak empat tahun dengan gergasi Bundesliga itu, menutup tirai karier cemerlang Spurs yang menyaksikan dia merampas kedudukan Jimmy Greaves sebagai penjaring gol sepanjang zaman kelab itu.

Harry Kane telah menjadi sasaran utama Bayern pada musim panas ini, ketika Bayern mahu akhirnya menggantikan penjaring gol yang terjamin seperti Robert Lewandowski.

Selepas beberapa siri rundingan yang sukar akhirnya Bayern berjaya memeterai perjanjian dengan pengerusi Tottenham Daniel Levy.

Di mana Levy benar benar merumitkan rundingan dengan Bayern walaupun Kane berpotensi meninggalkan Spurs secara percuma jika tak dijual sekarang.

Kane sendiri menyatakan dia mahu menyertai Bayern Munich pada jendela perpindahan kali ini dan menolak lanjutan kontrak ditawarkan Spurs dengan pakej gaji Β£400 ribu seminggu serta pakej jaminan karier selepas persaraan.

Kane sah sertai Bayern dengan yuran €100 juta (Β£86.4j) namun ada beberapa lagi klausa bonus dimasukkan.

β€œBayern adalah salah satu kelab terbesar di dunia, dan saya selalu berkata bahawa saya mahu bersaing dan membuktikan diri saya di peringkat tertinggi dalam karier saya,” kata Kane selepas disahkan sebagai pemain baharu Bayern.

Kane menambah: “Kelab ini ditakrifkan oleh mentaliti kemenangan kelab ini sendiri.”

Pemergian Harry Kane bermakna Spurs perlu mencari pengganti yang berkualiti. Bukan mudah untuk menggantikan legenda hidup kelab itu.

Kane kini berpeluang besar untuk merasai trofi bersama Bayern.