FIFA dan UEFA akhirnya memutuskan untuk menggantung penyertang pasukan kebangsaan Rusia dan juga kelab dari negara tersebut daripada bertanding dalam kesemua pertandingan di bawah naungannya.

Dalam kenyataan rasmi bersama oleh kedua dua persatian tersebut di laman web FIFA bertulis:

“Berikutan keputusan awal yang diterima pakai oleh Majlis FIFA dan Jawatankuasa Eksekutif UEFA, yang menggambarkan penyesuaian langkah tambahan.”

“FIFA dan UEFA hari ini telah memutuskan bersama-sama bahawa semua pasukan Rusia, sama ada pasukan wakil kebangsaan atau pasukan kelab, akan digantung daripada penyertaan dalam kedua-dua pasukan. Pertandingan FIFA dan UEFA sehingga diberitahu kelak.”

“Keputusan ini telah diterima pakai hari ini oleh Biro Majlis FIFA dan Jawatankuasa Eksekutif UEFA, masing-masing oleh badan pembuat keputusan tertinggi kedua-dua institusi mengenai perkara yang mendesak tersebut.”

“Bola sepak bersatu sepenuhnya di sini dan dalam solidariti penuh dengan semua orang yang terjejas di Ukraine. Kedua-dua Presiden berharap keadaan di Ukraine akan bertambah baik dan dengan pantas supaya bola sepak boleh sekali lagi menjadi vektor perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat.”

Kenyataan itu dibuat sejurus selepas UEFA mengumumkan bahawa kelab dari Rusia, Spartak Moscow digugurkan daripada pertandingan UEL dan memberikan bye kepada RB Leipzig yang akan melangkah ke suku akhir.

Penyingkiran Spartak Moscow itu menurut UEFA, sebagai tanda bahawa UEFA menyokong kemananan sejagat dan mengecam sebarang bentu keganasan kemanusiaan.

Spartak Moscow agak terkejut dengan tindakan UEFA itu yang menurut mereka agak keterlaluan.

Dalam kenyataan rasminya Spartak berkata: “Keputusan untuk menyingkirkan kami daripada Liga Europa adalah mengecewakan. Kami percaya bahawa sukan, walaupun dalam keadaan sukar sekalipun, harus bertujuan membina jambatan, dan bukannya membakarnya.”

“Kami akan menumpukan kepada pertandingan domestik dan berharap agar keamanan yang diperlukan semua orang dapat dicapai dengan segera.”