Piala Dunia FIFA 2030 akan diadakan di enam negara berbeza merentasi 3 benua sebagai ulangtahun ke-100 pertandingan itu. Ianya dianggap langkah sangat gila diambil oleh FIFA.

Sepanyol, Portugal dan Maghribi akan menjadi tuan rumah rasmi untuk Piala Dunia 2030. Namun untuk 3 aksi pertama peringkat kumpulan akan diadakan di Uruguay, Argentina dan Paraguay sebagai memperingati asal usul pertandingan itu yang mula dianjurkan di Amerika Selatan.

Langkah radikal ini diambil selepas beberapa siri rundingan tertutup antara UEFA, CONMEBOL dan CONCACAF. Dan FIFA menyatakan mereka tidak mahu proses ini terlalu lama untuk dibuat lalu memilih 6 negara dari 3 benua berbeza.

Kesemua enam negara penganjur akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2030 yang akan menggunakan format 48 negara.

Sebelum ini, gabungan Sepanyol, Portugal dan Maghribi menjadi pilihan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030.

Namun kemudian Uruguay dan Argentina menyertai negara yang membida. Uruguay merupakan negara penganjur pertama Piala Dunia pada 2030 dan menjadi juara Piala Dunia pertama di bumi sendiri.

Arab Saudi turut cuba mengadakan pakatan dengan Greece dan Mesir mahu menjadi tuan rumah bersama. Namun hanya Arab Saudi dilihat benar benar berkemampuan menjadi penganjur Puala Dunia.

Namun FIFA ternyata lebih berminat memilih enam lagi negara lain sebagai penganjur Piala Dunia 2030, kerana ada negara yang memiliki nilai sentimental tersendiri untuk menjadi penganjur. Uruguay merupakan negara penganjur pertama Piala Dunia pada 2030 dan menjadi juara Piala Dunia pertama di bumi sendiri.

Piala Dunia

Sementara itu Maghribi sebelum ini baru bangkit daripada gempa bumi yang dahsyat. Ketika FIFA bermesyuarat, mereka mahu memberikan sokongan kepada negara itu agar bangkit semula. Salah satu caranya, memberikan hak penganjuran kepada mereka.

Jadi, perlawanan pertama peringkat kumpulan akan diadakan di Uruguay. Perlawanan kedua akan diadakan di Argentina, dan perlawanan ketiga akan diadakan di tempat kelahiran Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan, CONMEBOL iaitu Paraguay.

Baki 101 lagi perlawanan akan diadakan di Sepanyol, Portugal dan Maghribi.

Satu lagi plot twist adalah, acara perasmian akan diadakan sama ada di Sepanyol, Portugal atau Maghribi. Sementara perlawanan pertama akan berlangsung kira kira 6,000 batu jauhnya daripada acara pembukaan.