Penyerang import dari Brazil, Diogo luis Santo sah kembali sarung jersi Harimau Selatan apabila diumumkan sebagai pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi laman sosial rasmi hari ini.
Baca Juga:
- Diogo Luis Santo Jaringkan Gol Pertama Bersama BG Pathum United
- Teerasil Dangda Mahu Cipta Gandingan Mantap Bersama Diogo Luis Santo
- Diogo Luis Santo: JDT Dan Malaysia Ada Tempat Istimewa Dihati, Rakam Ucapan Terima Kasih Kepada TMJ
Beliau sebelum ini menyertai kelab Thailand, BG Pathum pada Disember 2020 setelah beraksi selama dua musim bersama JDT dimana beliau membantu Harimau Selatan memenangi saingan Liga Super (2019,2020), Piala Malaysia (2019) dan Piala Sumbangsih (2019,2020).
Bersama BG Pathum, penyerang berusia 35 tahun itu tampil dalam 27 perlawanan dan menjaringkan 17 gol sekaligus membantu skuad The Rabbits memenangi saingan Thai League 1 musim 2020/2021 dan Thailand Champions Cup pada tahun 2021 dan 2022.
Someone dropped by last night!#WelcomeHome#Diogo#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/VSwT2z4XQW
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 4, 2023
Diogo telah menjaringkan 218 gol sepanjang beraksi di Thailand manakala ketika menyarung jersi JDT, beliau menjaringkan 16 gol, satu rekod yang cukup baik oleh pemain import di rantau Asia Tenggara.
Pemain yang berusia 35 tahun itu bakal dijadikan sebagai ‘backup plan’ skuad JDT sekiranya penyerang utama, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri mengalami kecederaan sebelum perlawanan penting.
Perkembangan ini pernah didedahkan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dalam satu video mengenai perbicaraan perubahan di masa hadapan, perancangan akan datang, aspirasi dan perpindahan pemain pada bulan lepas.
“Kami juga ada seorang lagi penyerang Brazil (Diogo) yang akan membantu jurulatih buat perubahan dari segi formasi supaya kami boleh ada pemain-pemain yang hebat jikalau perlu memberi rehat kepada Fernando Forestieri atau Bergson.
“Jadi kita boleh membuat pertukaran dengan pemain-pemain yang berkualiti pada masa yang sama,” kata TMJ.