Walaupun masih belum diperkenalkan secara rasmi, nama Dang Van Lam sudah pun dikemaskini sebagai salah seorang penjaga gol skuad utama Cerezo Osaka bagi musim 2021 ini.
Tinjauan ke laman web kelab itu mengesahkan kewujudan perkara yang sedang hangat diperkatakan, selain ada beberapa lagi pemain lain yang bakal diumumkan juga sudah mula dimasukkan kedalam senarai pemain-pemain skuad bimbingan Levir Culpi itu.
Selain itu, turut menjadi perhatian adalah pasangan kembar kacukan Indonesia-Jepun iaitu Riki dan Riku Matsuda yang beraksi diposisi pertahanan dan serangan.
Pasangan kembar ini sekali lagi bergabung dalam kelab yang sama selepas melakukannya ketika beraksi untukĀ Biwako Seikei Sports University pada musim 2010.
Ketika berada di tahun ke-3, Riki Matsuda telah diberikan pelepasan khas untuk beraksi dengan kelab profesional Oita Trinita manakala Riku Matsuda pula turut diberikan pelepasan yang sama untuk bermain dengan FC Tokyo.
Menurut laporan Goal.com Indonesia awal bulan ini, kedua-dua pemain tersebut nampaknya bersedia untuk mempertimbangkan beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia jika diperlukan.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.