Bayern Munich rasmi mengumumkan bahaw Julian Nagelsmann adalah pengurus mereka pada musim hadapan.
Nagelsmann akan menggantikan Hansi Flick yang akan melepaskan jawatannya akhir musim ini.
Bayern dalam kenyataan ringkasnya berkata: “FC Bayern melantik Julian Nagelsmann sebagai pengurus yang baharu. Anak jati Bavaria berusia 33 tahun itu akan berpindah ke Bayern dari RB Leipzig pada 1 Julai 2021 – menjelang musim hadapan – dengan kontrak 5 tahun dengan pemenang terbanuak Liga Jerman sehingga 30 Jun 2026.”
“Ini selepas Bayern setuju dengan permintaan pengurus ketika ini, Hansi Flick yang meminta untuk menamatkan kontrak pada 30 Jun 2021, dua tahun lebih awal daripada tarikh akhir kontraknya.”
Nagelsmann sebelum ini dilaporkan menghantar surat permohonan penamatan kontrak kepada Leipzig selepas Bayern berminat mendapatkan beliau.
Julian Nageslmann menjadi pengurus paling muda dalam sejarah Bundesliga ketika menguruskan Hoffenheim pada usia 28 tahun.
Julian Nagelsmann to join FC Bayern as head coach. Hansi Flick's contract will be terminated upon request. pic.twitter.com/tJBpXSiozu
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) April 27, 2021
Beliau membantu Hoffenheim ke UCL dan kemudian membantu Leipzig mara ke separuh akhir UCL musim lalu. Tetapi musim ini disingkirkan Liverpool di peringkat 16 akhir.
Bayern Munich sebelum ini melantik Hansi Flick menggantikan Niko Kovac. Kecemerlangan Flick membuatkan beliau diberikan kontrak jangka panjang selepas membantu Bayern menamatkan musim dengan treble diikuti sextuple tahun ini.
Flick kemudian tidak sehaluan dengan Salihadmidzic dan kemuncaknya apabila Flick mengumumkan perletakan jawatannya secara terbuka.
Baca juga atikel
TERKINI: Nagelsmann Mahu Tamatkan Kontrak Dengan Leipzig Dan Sertai Bayern
TERKINI: 3 Legenda Invincibles Sertai Daniel Eks Untuk Beli Arsenal Dan Singkir Kroenke