Tottenham Hotspur mengumumkan secara rasmi Antonio Conte sebagai pengurus baharu mereka selepas pemecatan Nuno Espirito Santo.
Conte yang sebelum ini bertugas di Inter Milan, akhirnya kembali ke dunia pengurusan sekali lagi selepas beberapa bulan berehat.
Spurs dalam kenyataan mereka mengesahkan bahawa pengurus asal Itlai itu akan berkhidmat sehingga 2023. Dengan opsyen lanjutan kontrak.
Kehadiran Conte diharap akan dapat mengubah kedudukan Spurs yang kini sedang bergelut di carta liga.
Conte sebelum ini pernah menolak tawaran Spurs kerana beberapa permintaannya tidak dipersetujui Levy.
Namun sekarang Levy dikatakan sedia memberikan Conte apa yang dia mahukan. Ini termasuk dana perpindahan yang boleh digunakan terus pada Januari akan datang.
Levy sebelum ini sangat marah dengan prestasi Spurs yang digelar sebagai membosankan.
Conte pernah bekerja di England, juga di kota London ketika mengendalikan Chelsea.
Dikenali dengan sikapnya yang sangat bersemangat dan tegas, Conte pastinya pengurus yang cukup bagus untuk Spurs.
✍️ We are delighted to announce the appointment of Antonio Conte as our Head Coach on a contract until the summer of 2023, with an option to extend.
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 2, 2021
Conte juga terkenal dengan sistem back 3 yang menjadi kekuatannya di Juventus, di skuad kebangsaan Itali, Chelsea dan Inter Milan.
Musim lalu Conte membantu Inter Milan menjuarai Serie A. Dan beliau melepaskan jawatannya selepas tidak sehaluan dengan pengurusan tertinggi.
Buongiorno Antonio… pic.twitter.com/26wgcdcYED
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 2, 2021