Selepas rundingan berminggu minggu lamanya, akhirnya Andre Onana sertai Manchester United secara rasmi sebagai penjago gol utama kelab itu.

Perkara itu diumumkan oleh Man United pada kira kira 2.30 pagi waktu Malaysia dengan bait lagu Rihanna.

Andre Onana sudah lama setuju untuk sertai Manchester United. Namun isu utama adalah harga pemain itu.

Inter Milan awalnya meminta €60 juta untuk Onana yang dianggap terlalu tinggi oleh Man United.

Namun Inter akhirnya setuju mengurangkan harga kerana mereka mahu meraih wang daripada penjualan Onana untuk membeli Lukaku secara tetap.

Walaupun laporan terbaru menyebut bahawa Inter menamatkan rundingan mendapatkan Lukaku selepas pemain itu dilaporkan berunding dengan Juventus di belakang Inter.

Onana merupakan tipikal ball playing keeper yang dianggap sesuai dengan taktikal Erik Ten Hag. Dia adalah penjaga gol yang dibangunkan oleh kejurulatihan Erik Ten Hag ketika mereka bekerjasama di Ajax.

Musim lalu, Onana bangkit dan menjadi salah seorang penjaga gol terbaik di Eropah bersama Inter. Membantu kelab itu mara ke final UCL. Namun tewas di tangan Man City.

Onana menjadi sasaran utama Manchester United selepas pemergian De Gea yang tidak disambung kontrak.

Tiada keraguan bahawa pemain itu benar benar mahu menyertai Man United. Dan kini dia akan bermain untuk pasukan gah bernama Manchester United.

Onana akan memakai jersi no.24 di kelab itu. Peminat Man United rata rata gembira dengan pembelian yang dianggap boleh menjadi gamechanger kepada taktikal pasukan Red Devils.

De Gea seorang penjaga gol yang bagus namun seringkali dikritik dari segi aspek distribusi. Onana dianggap pilihan lebih baik untuk aspek tersebut.