Pemain baharu Barcelona, Raphinha sudah memenangi hati peminat Barca hanya selepas 1 perlawanan pra musim.

Pemain tersebut membuka akaun gol tidak rasminya bersama kelab. Dan kemudian melaungkan amaran kepada Real Madrid bahawa dia sudah tak sabar mahu menerobos gawang pasukan tersebut.

Real Madrid merupakan seteru utama Barcelona sejak zaman berzaman.

Raphinha berasa gembira dengan penampilan sulungnya sebagai pemain FC Barcelona.

Dia menjaringkan gol dan mencipta dua bantuan juga dalam perlawanan pramusim pertama mereka di Amerika Syarikat, menentang Inter Miami CF.

Seterusnya mereka akan menentang musuh tradisi mereka, Real Madrid, dalam perlawanan yang akan dilangsungkan pada Sabtu depan, 23 Julai, di Las Vegas.

Raphinha berkata: “Sangat gembira dapat menjaringkan gol pertama saya. Ia adalah perlawanan yang bagus. Saya cuba untuk bermain dengan baik. Saya sangat gembira dan berharap dapat meneruskannya.”

Apabila bercakap tentang perlawanan seterusnya, pemain Brazil itu sudah memberikan amaran kepada Real Madrid bahawa dia mahu merobek gawang juara Eropah itu.

“Seseorang sentiasa cuba menjaringkan gol menentang sesiapa, tetapi jika ia dalam Derby, keinginan itu lebih tinggi. Saya mahu menjaringkan gol menentang Real Madrid.”

“Perkara yang paling penting ialah kemenangan. Tetapi bagi saya kami lebih baik daripada Real Madrid”, tambahnya lagi.

https://twitter.com/BarcaUniversal/status/1549583990101012480

Raphinha menjelaskan bahawa bermain di Barcelona menjadi lebih mudah kerana kualiti rakan sepasukan, termasuk pemain muda yang berbakat di sekitarnya.

“Barcelona mempunyai beberapa pemain muda berbakat. Mereka melakukan kerja yang hebat dengan mereka. Mereka sentiasa berjuang untuk kejuaraan.”

Raphinha optimis tentang peluang Barcelona merampas semula kejuaraan La Liga dari Real Madrid pada musim akan datang.

Raphinha juga mensasarkan akan beraksi dalam Piala Dunia Qatar 2022 akan datang.

Bekas pemain Leeds United itu mengaku bahawa dia bermimpi untuk bermain dalam Piala Dunia untuk Brazil dan yakin bahawa permainannya di FC Barcelona akan meningkatkan peluangnya untuk menjadi sebahagian daripada senarai akhir untuk ‘canarinha’ pada akhir November.