Pasangan yang baharu sahaja muncul naib juara kejohanan Terbuka India 2023, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menikmati ranking terbaik dalam karier apabila melonjak ke tangga kedua.

Artikel Berkaitan:

Perkembangan terkini itu disahkan selepas kemaskini terbaharu ranking menerusi laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang menyaksikan Aaron dan Wooi Yik naik satu anak tangga.

Mengumpul keseluruhan 84,518 mata, pasangan negara itu ketinggalan 8,337 mata dibelakang gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian, Muhammad Rian Ardianto yang ditewaskan pada aksi separuh akhir tempoh hari.

Turut mencatatkan peningkatan kali ini ialah pasangan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah yang naik dua anak tangga untuk kembali berada di kedudukan keenam seperti dinikmati pada awal Januari lalu.

Perubahan itu pastinya disebabkan kejayaan mereka layak ke separuh akhir Terbuka India manakala dua pasangan di ranking lebih atas daripada mereka iaitu Kim So Yeong-Kong Hee Yong (Korea Selatan) dan Jongkolphan Kitutharakul-Rawinda Prajongjai tewas di pusingan kedua.

Namun, Lee Zii Jia pula turun dua anak tangga untuk berada di tangga keempat selepas tewas pada pusingan pertama dan kedua dalam Terbuka Malaysia serta India sekali gus membolehkan Anthony Sinisuka Ginting dan Jonatan Christie memintas kedudukan beliau.

Sementara itu, dua lagi beregu lelaki iaitu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Goh Sze Fei-Nur Izzudin turun satu anak tangga untuk berada di kedudukan kesembilan dan ke-11.

Sumber