Skuad B-22 tahun negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan membuka tirai temasya Sukan SEA 2019 menentang pasukan bimbingan bekas ketua jurulatih Kelantan, Velizar Popov iaitu Myanmar di Stadium Memorial Rizal, Manila hari ini.

Penting untuk pasukan negara meraih kemenangan pada perlawanan pertama bagi memastikan mereka menduduki tangga teratas dalam carta kumpulan A yang turut dihuni tuan rumah Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor Leste.

Datuk Ong dijangka menurunkan pemain terbaik dalam kesebelasan utama pasukan bagi memastikan tiga mata berjaya diraih sekaligus memulakan saingan dengan langkah kanan. Berikut adalah ramalan kami mengenai kesebelasan utama yang mungkin diturunkan OKS.

Ramalan

Selain aksi antara Malaysia menentang Myanmar, perlawanan lain yang melibatkan pasukan kumpulan A hari ini ialah perlawanan antara Filipina menentang Kemboja yang akan dilangsungkan di stadium sama selepas aksi antara Malaysia menentang Myanmar tamat.

Skuad B-22 tahun negara memegang status sebagai pemenang pingat perak setelah tewas kepada Thailand pada pentas akhir pada temasya edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Baca artikel lain mengenai skuad B-22 tahun negara di sini:

Datuk Ong Kim Swee Anggap Semua Pasukan Miliki Peluang Sama Rata

Wan Kuzain Terkilan Tidak Dapat Beraksi Di Temasya Sukan SEA 2019

Ini Keadaan Semasa Rizal Memorial Stadium, 7 Jam Sebelum Sepak Mula Acara Bola Sepak Sukan SEA 2019