Kelab bola sepak Sri Pahang (SRP) semalam mengumumkan kemasukan pemain import baharu dari Brazil, Rafael Feital da Silva bagi mngharungi baki saingan Liga Malaysia 2023.
Baca Juga:
- Kelantan vs Sri Pahang: Tok Gajah Berpesta Gol Di Kota Bharu
- Solari Akui Bukan Senang Nak Kalahkan Sri Pahang
- Rekod Tanpa Kalah Sri Pahang Akhirnya Lebur
Ianya sekaligus menepis khabar angin mengenai kehadiran Matheus Babi yang menjadi sebutan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan sejak minggu lepas.
Rafael bakal menjadi taruhan terbaharu Fandi Ahmad bagi memperkasa barisan serangan berganding bersama penyerang import Liberia, Kpah Sherman yang telah menjaringkan 9 gol dalam saingan Liga Super musim ini.
Bola sepak Asia Tenggara tidak asing bagi pemain yang berusia 32 tahun itu kerana pernah menyertai beberapa kelab di Liga Indonesia.
📊 🇧🇷Rafael Silva (32/FW) dalam angka bersama Barito Putera di dua periode (2019 dan 2022-2023)
5️⃣9️⃣ Penampilan
2️⃣8️⃣ Gol
9️⃣ Asis pic.twitter.com/YU7EYPwxJA— . (@Indostransfer) January 27, 2023
Bagaimanapun, khidmat seorang lagi penyerang import Brazil, Lucas Silva masih dikekalkan dalam skuad tok gajah dan difahamkan pemain itu sudah mula turun menjalani latihan bersama rakan sepasukan.
Beliau akan terus berlatih sehingga sudah pulih sepenuhnya.
Selain Rafael, Sri Pahang juga dilaporkan akan membawa masuk seorang lagi pemain import di bahagian tengah dari Uzbekistan. Memetik sumber daripada tokgajah.com, pemain itu ialah Kuvondik Ruziev yang berusia 29 tahun.
🤝🤝
— TokGajah.com توق ڬاجه.كوم (@TokGajahdotcom) July 5, 2023
Ruziev merupakan pemain skuad kebangsaan Uzbekistan dan pernah dipanggil menyertai negaranya menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Turki.
Musim ini, Ruziev beraksi bersama kelab Liga Super Uzbekistan, FK Turon dan telah menjaringkan 2 gol serta 2 bantuan gol dalam 16 perlawanan yang diharungi.
Kali terakhir beliau beraksi adalah pada 3 Julai lalu dan diturunkan selama 90 minit ketika pasukannya terikat 1-1 menentang Metallurg Bk.