Kelab Serbia, Radnik Surdulica memberi komitmen serta sokongan penuh kepada pemain muda Indonesia, Witan Sulaeman untuk menjadi pemain terbaik di kelab itu.

Perkara ini disuarakan oleh salah seorang pemain senior pasukan iaitu Filip Stanisavljevic dimana beliau dan rakan sepasukan yang lain menyesuaikan diri, baik di dalam mahupun luar padang.

Surdulica
Sumber Gambar: medcom.id

“Semua pemain senior pasukan memberi sokongan penuh kepada pemain muda, khususnya Witan. Ini kerana tidak mudah bagi beliau kerana datang dari negara yang mempunyai budaya berbeza serta berjauhan dari keluarga.

“Kami semua cuba untuk membantu beliau. Tidak hanya pemain, jurulatih dan semua pihak di kelab ini turut membuat hal sama,” kata Stanisavljevic.

Tambah beliau, Witan merupakan pemain yang mempunyai bakat yang baik serta mempunyai peribadi yang menarik.

Surdulica
Witan Sulaeman

Jika Witan terus bekerja keras, tidak mustahil pemain berusia 19 tahun itu mampu untuk beraksi dalam saingan Europa League serta bermain di liga yang lebih baik dari Serbia.

Witan telah beraksi dalam dua penampilan Radnik Surdulica. Pemain itu menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun.

Baca artikel lain mengenai Witan Sulaeman di sini:

Witan Sulaeman Buat Penampilan Pertama Bersama FK Radnik Surdulica

Witan Sulaeman Kembali Dimainkan FK Radnik Surdulica, Kali Ini Jadi Starter

Termasuk Nyaris Cetak Gol, Inilah 4 Fakta Menarik Dari Debut Witan Sulaeman Di Liga Serbia