Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan bintang Colombia, Radamel Falcao bakal menyertai Harimau Selatan bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan itu.
Baca Juga:
- Solari Tunggu Keputusan TMJ Mengenai Kemasukan Radamel Falcao
- La Liga: Radamel Falcao Berikan Barcelona Satu Lagi Kekalahan Dan Koeman Dipecat
- Wartawan Colombia Dedahkan Hanya JDT Yang Menghantar Tawaran Rasmi Untuk Falcao
- Jumlah Gaji Yang Perlu Dibayar Oleh JDT Jika Dapatkan Khidmat Radamel Falcao
Persoalan tersebut tercetus susulan ciapan terbaharu yang dibuat oleh TMJ di laman Twitter miliknya hari ini.
Menerusi ciapan itu, TMJ menyatakan akan berjumpa dengan bekas penyerang Atletico Madrid dan Manchester United itu dan turut menulis JDT31 yang mungkin adalah nombor jersi JDT yang bakal dipakai oleh Falcao.
“Jumpa anda dalam masa terdekat,” tulis Tunku Ismail yang turut ‘tag’ nama Falcao dan ejen bola sepak, Morris Pagniello.
See you very soon JDT31 💙♥️ @FALCAO @MorrisPagniell2 @OfficialJohor pic.twitter.com/pzLmIIzopc
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 27, 2023
Looking forward to seeing you… https://t.co/vgmmJVv7HE
— Radamel Falcao (@FALCAO) April 27, 2023
Khabar angin mengenai kemasukan Falcao bermula apabila salah sebuah media Sepanyol, Marca melaporkan penyerang Rayo Vallecano itu bersedia untuk menyertai juara bertahan Liga Super, JDT.
Kontrak Falcao bakal berakhir pada bulan Jun ini dan menurut laporan media tersebut, beliau bersedia untuk mencuba cabaran baharu dengan beraksi bersama JDT.
According to Marca, Colombian striker Radamel Falcao is being eyed by Johor Darul Ta’zim in the second transfer window, when his contract with Rayo Vallecano expires in June.
He is evaluating the offer as he seeks a new challenge. One to watch! #MFLTransfer2023
— T. Avineshwaran (@avineshW90) March 1, 2023
“Radamel Falcao sedang menilai tawaran yang ada untuk segera menandatangani kontrak bersama juara sepuluh musim terakhir Liga Super Malaysia dan pemenang Piala Malaysia baru-baru ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini dibimbing oleh Esteban Solari.
“JDT yang dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu menandatangani penyerang Colombia itu selama dua musim dan dia akan terus menjadi duta untuk kelab dan bandar itu selepas itu. Sementara menunggu rundingan terakhir, penyerang itu sudah menunjukkan dirinya bersedia untuk menghadapi cabaran baharu,” dipetik dari laporan Marca.
Sekiranya bekas penyerang Chelsea dan Atletico Madrid itu menandatangani kontrak bersama JDT, maka beliau akan menjadi pemain berprofil tinggi kedua yang menyertai skuad Harimau Selatan selepas Pablo Aimar pada 2013.
Falcao mula beraksi bersama Rayo Vallecano sejak musim 2021 dimana beliau sebelumnya menyarung jersi kelab Turki, Galatasaray selama dua musim.
Sebelumnya, beliau pernah beraksi dengan beberapa kelab ternama di Eropah seperti FC Porto, Atletico Madrid, AS Monaco, Manchester United dan Chelsea.
Pemain berusia 37 tahun itu bakal bersaing dengan Bergson da Silva, Fernando Forestieri dan Diogo Luis Santo di posisi serangan sekiranya disahkan menyertai JDT.