Pasukan yang dinaikkan pangkat ke saingan Liga Super musim hadapan, Pulau Pinang merancang untuk mengekalkan trio pemain import mereka iaitu Casagrande, Endrick Dos Santos dan Rafael Vitor bagi menghadapi saingan musim 2021.
Trio pemain dari Brazil ini memainkan peranan besar dalam kejayaan Pulau Pinang muncul sebagai juara Liga Perdana musim ini dimana Casagrande muncul sebagai penjaring terbanyak liga dengan catatan 9 gol, diikuti Endrick dengan catatan 8 gol.
⚽ PENJARING TERBANYAK LIGA PREMIER
Penyerang Pulau Pinang, Casagrande mendahului senarai penjaring terbanyak dengan 9⃣ gol, diikuti rakan pasukannya, Endrick!
Francis Kone (KL) masih berpeluang mengejar mereka dengan baki satu perlawanan menentang Kuching FA.#LigaPremier2020 pic.twitter.com/Iix2uuJwfv
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 13, 2020
Selain itu, Penang hanya mengalami satu kekalahan dari 11 perlawanan liga yang dihadapi dimana mereka tewas kepada Terengganu FC II. Perkara ini dilihat sebagai satu pencapaian yang cemerlang sekaligus menjadi bukti bahawa benteng pertahanan skuad The Panthers menjalankan tugas dengan sangat baik.
Langkah untuk mengekalkan Casagrande dan Endrick Dos Santos dilihat sebagai satu langkah terbaik dimana kedua-dua pemain ini mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Super.
Casagrande pernah beraksi bersama Melaka United manakala Endrick pula pernah menyarung jersi pasukan Selangor. Sedikit-sebanyak kedua-dua pemain sudah tahu mengenai tekanan dan juga corak permainan yang akan dihadapi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Karsten Neitzel Dikaitkan Dengan Selangor FC, Bakal Galas Tugas Ketua Jurulatih
Jurulatih Dan Pemain Tangisi Ketiadaan Piala Malaysia Musim Ini