Pendatang baharu Liga Super, pasukan Pulau Pinang dilaporkan telah melengkapkan slot penjaga gol bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Pulau Pinang berjaya mendapatkan khidmat dua penjaga gol baharu iaitu Bryan See Tian Kiat dari PDRM dan juga Shafiq Afifi dari Perak II dan mengekalkan Samuel Somerville sebagai penjaga gol utama.
Pulau Pinang sudah melengkapkan slot penjaga gol, difahamkan mendapatkan khidmat Bryan See Tian Kiat dari PDRM selepas turut membawa masuk Shafiq Afifi dari Perak II dan mengekalkan Samuel Somerville selaku penjaga gol utama.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 25, 2020
Sepanjang beraksi dalam saingan Liga Perdana musim lalu, Somerville menjadi pilihan utama untuk menjaga gawang pasukan dimana beliau menampilkan prestasi yang baik apabila hanya dibolosi sebanyak 8 gol serta merekodkan 3 clean sheets sepanjang musim.
Beraksi di Liga Super, pengurusan pasukan sedar mereka tidak boleh bergantung kepada satu penjaga gol sahaja, sekaligus memutuskan untuk menandatangani dua lagi penjaga gol bagi memberikan saingan kepada Somerville selain memastikan posisi tersebut diisi oleh pemain berpengalaman.
Meskipun tidak berjaya membantu PDRM kekal dalam saingan Liga Super, namun Bryan menjadi antara pemain terbaik skuad The Cops. Penjaga gol berusia 27 tahun ini juga mempunyai pengalaman luas beraksi di divisyen pertama Liga Malaysia dimana beliau juga pernah beraksi bersama PKNP FC (kini dikenali sebagai Perak II).
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Pulau Pinang Mahu Kekalkan Tiga Pemain Import Hadapi Musim 2021
Kuala Lumpur Hampir Pasti Dibimbing Jurulatih Baharu Musim Hadapan