Pemenang Piala Indonesia 2019, PSM Makassar menandatangani dua pemain import yang pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim lalu iaitu bekas pemain Petaling Jaya City FC dan PKNP FC, Giancarlo Rodrigues serta bekas pemain Perak, Hussein El Dor.
Giancarlo mula beraksi di Malaysia bersama PJ City FC namun beliau kemudiannya menyertai PKNP pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia setelah gagal untuk menyinar.
Bersama PKNP, pemain berusia 29 tahun itu meledak 11 gol dalam semua pertandingan dimana 8 gol sahaja dijaringkan dalam saingan Liga Super.
PSM Makassar akan mendatangkan Striker baru!
Giancarlo Rodrigues (29) dikabarkan bakal gabung PSM Makassar.
Sebelumnya, Giancarlo bermain utk klub kasta tertinggi liga Malaysia, 🇲🇾Petaling Jaya City FC
Giancarlo sendiri baru saja memberi salam perpisahan lewat Instagram nya. pic.twitter.com/OGx4mewq3R
— . (@Indostransfer) January 6, 2020
Seorang lagi pemain, Hussein El Dor menyertai Perak padan jendela perpindahan kedua dan beliau serta-merta menjadi watak penting khususnya di bahagian pertahanan skuad The Boss Gaurus.
Hussein beraksi pada perlawanan akhir Piala FA 2019 namun Perak tidak berjaya muncul sebagai juara dimana mereka tewas kepada pasukan Kedah dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Fazrul Danel pada masa tambahan.
Peminat Perak mahu Hussein dikekalkan kerana beliau berjaya mencipta gandingan mantap bersama Shahrul Saad namun Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak beliau.
Pada saingan musim 2020, sebagai pemenang Piala Indonesia, PSM Makassar akan beraksi dalam saingan peringkat kumpulan bagi merebut tempat dalam kejohanan Piala AFC.
Bekas pengendali skuad B-19 tahun negara, Bojan Hodak turut dilantik sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Indonesia di sini:
3 Hal Yang Perlu Diketahui Dari Prachuap FC, Klub Baru Yanto Basna
Eksklusif Kiko Insa, Bek Jebolan Liga Indonesia Yang Jadi Agen Pemain
3 Fakta Emmanuel Oti, Pemain Asing Madura United Dari Liga Denmark