Paris Saint-Germain tewas mengejut di tangan Nantes dalam aksi liga Perancis, sekaligus mempersiakan peluang untuk naik ke puncak Ligue 1.

Nantes yang berada di zon penyingkiran, bangkit dari ketinggalan 1-0 untuk menang 2-1 di Parc des Princes.

Perlawanan tersebut turut dibayangi oleh berita kurang menyenangkan daripada keluarga Angel Di Maria. Di mana pemain itu dikeluarkan awal kerana keluarganya dirompak di rumah.

Angel Di Maria dikeluarkan awal dalam keadaan beliau agak keliru dengan pertukaran tersebut. Mauricio Pochettino kemudian memberitahu Di Maria alasan pertukaran itu pada minit ke-62, ketika aksi berkedudukan 1-1.

Julian Draxler meletakkan PSG di hadapan pada minit ke-42. Gol ini dibalas oleh Randal Kolo pada minit ke-59.

Pegawai perlawanan bercakap dengan pengarah sukan PSG, Leonardo, yang kemudian memberitahu Mauricio Pochettino agar mengeluarkan Di Maria segera.

https://twitter.com/GucciGazza/status/1371243759430668296?s=19

Di Maria ternyata terkejut dengan apa yang diberitahu oleh pengurusnya yang menemaninya masuk ke terowong untuk dia terus balik.

Di Maria dilaporkan menangis ketika meninggalkan stadium setelah mendapat tahu bahawa keluarganya dirompak di rumahnya oleh perompak yang menurut RMC sebagai sangat ganas.

https://twitter.com/jaivanfut/status/1371239946082775041?s=19

Pochettino kemudian kembali semula dari terowong untuk meneruskan tugasannya di tepi padang pada hari itu.

Di atas padang selepas itu PSG dikejutkan gol kedua pasukan pelawat menerusi gol Moses Simon yang gagal mereka balas.

Ini bukan kes pertama keluarga dirompak melibatkan pemain PSG. Dalam tempoh 18 bulan, terdapat 4 kes sudah berlaku. Tiga sebelum ini melibatkan keluarga Sergio Rico, Thiago Silva, dan Eric Maxim Choupo Moting.

Keadaan ini jelas menimbulkan kemarahan di kalangan peminat yang menganggap tahap keselamatan para pemain sangat bahaya. Mungkin esok lusa ada kejadian lebih buruk berlaku.

Sebagai tambahan, sebelum perlawanan, Di Maria meraikan kontrak baru beliau bersama dengan pasukan PSG.

Baca juga perkembangan lain

Ronaldo: ‘Benar Sejarah Disimpan Di Muzium, Namun Ini Bola Sepak!’

Chris Wilder Tinggalkan Sheffield Kerana Tak Sehaluan Dengan Pemilik Pasukan

UEL: Milan Dapat ‘Away Goal’ Pada Masa Kecederaan Menerusi Tandukan Cantik Kjaer