Spekulasi tentang masa depan pemain bintang berusia 36 tahun – Cristiano Ronaldo – kini kian panas, selepas Juventus tersingkir dari Liga Juara Juara Eropah.
Ada beberapa laporan meneyebut bahawa Ronaldo mahu meninggalkan Juventus dan kembali semula ke Real Madrid.
Malah laporan dari Itali juga menyebut bahawa Ronaldo menganggap dan memperlekehkan Juventus sebagai lebih kecil daripadanya.
Cristiano Ronaldo is considering Juventus “not at his level” as per source from within his entourage, therefore looking for a bid from an European top club
— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) March 13, 2021
Lantas beliau dikatakan sudah mengarahkan Jorge Mendes berbincang dengan Real Madrid.
Malah bekas presiden Juventus juga menuduh Ronaldo sebagai satu kegagalan dalam sejarah perpindahan Juventus.
Cristiano Ronaldo akhirnya tampil dengan menyatakan komitmennya kepada Juventus.
Ronaldo, 36, bergabung dengan Juve dari Real Madrid pada 2018 dan telah menjaringkan 92 gol dalam 121 penampilan di semua pertandingan walaupun gagal memberi inspirasi kepada juara Serie A 9 berturut turut itu dalam pertandingan utama Eropah.
Tersingkirnya Juventus buat kali ketiga di peringkat 16 akhir membuatkan Ronaldo menjadi sasaran utama.
Ronaldo menulis dalam hantaran yang disiarkan di laman Instagramnya dengan menyatakan bahawa beliau komited untuk terus berjaya di Juventus.
Ronaldo juga menjawab pendapat sesetengah pihak bahawa pemain itu masih hidup di masa lampau – kerana zaman beliau sudah berakhir.
Ronaldo berkata: “Apa yang lebih penting daripada berapa banyak kamu jatuh dalam hidup, adalah seberapa cepat dan seberapa kuat kamu kembali berdiri … juara sejati tidak pernah putus asa.”
“Tumpuan kami sudah ada di Cagliari, dalam perjuangan Serie A, di final Piala Itali dan dalam semua yang masih dapat kami capai musim ini.”
“Memang benar bahawa masa lalu adalah milik muzium (saya harus katakan!), Tetapi untungnya, bola sepak itu ada memori … dan begitu juga saya! Sejarah tidak dapat dihapuskan, ia ditulis setiap hari dengan ketahanan, semangat berpasukan, kegigihan dan banyak kerja keras.”
“Dan mereka yang tidak memahami ini, tidak akan pernah mencapai kejayaan demi kejayaan.”
Baca juga perkembangan lain
Chris Wilder Tinggalkan Sheffield Kerana Tak Sehaluan Dengan Pemilik Pasukan