Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi yakin dapat memeterai kontrak lanjutan bersama tonggak pasukan, Lionel Messi selepas berakhirnya kempen Piala Dunia 2022.
Baca Juga:
- Argentina vs Australia: Magis Messi Bantu La Abiceleste Singkir Socceroos
- Argentina vs Mexico: Messi Cemerlang Selamatkan Argentina Daripada Tersingkir
- Argentina vs Arab Saudi: Lionel Messi & Rakan Sepasukan Tewas Mengejut
Keyakinan itu disuarakan Nasser selepas melihat Messi tampil cemerlang bersama Argentina di Qatar dimana pemain berusia 35 tahun itu memainkan peranan dalam membawa La Albiceleste mara ke suku akhir.
Beliau juga telah menjaringkan tiga gol dan mencipta satu bantuan jaringan selepas berakhirnya empat perlawanan setakat ini.
Sehubungan dengan prestasi baik dipamerkan, Nasser optimis bahawa Les Parisiens akan dapat mengekalkan Messi di Parc des Princes untuk tempoh beberapa tahun lagi.
“Sudah pasti, dia sangat gembira, anda boleh melihatnya ketika dia bersama skuad kebangsaan,” ujar Nasser Al-Khelaifi menurut laporan Fotmob.
“Sekiranya seseorang pemain itu tidak gembira anda boleh melihat persembahannya bersama skuad kebangsaan tidak baik. Dia beraksi cukup hebat bersama kami untuk musim ini, dia menjaringkan banyak gol dan bantuan jaringan untuk pasukan kebangsaan dan kelab.”
“Jadi, apa yang kami persetujui bersama, selepas Piala Dunia, duduk bincang bersama. Tetapi bagi kedua-dua pihak, pihak kami dan dia sangat gembira. Jadi kami akan bercakap selepas Piala Dunia,” tambah Nasser lagi.
Selain itu kontrak lanjutan Messi, Nasser turut mengintai peluang untuk membawa masuk penyerang Manchester United, Marcus Rashford yang akan tamat kontrak pada penghujung musim ini.
“Dia seorang lagi pemain yang mengagumkan. Dan [mendapatkannya] secara percuma? Untuk memiliki Rashford secara percuma, setiap kelab akan mengejarnya, pasti.”
“Kami tidak dapat menyembunyikannya, kami bercakap sebelum ini dan [ada] minat untuk mendapatkannya. Tetapi saat itu bukan yang baik untuk kedua-dua pihak, mungkin pada penghujung musim, kenapa tidak?,”
“Hari ini jika dia seorang ejen bebas sudah tentu kita boleh bercakap dengannya secara langsung, tetapi kita tidak akan bercakap dengannya sekarang. Biarkan dia fokus pada Piala Dunia.”
“Kemudian pada Januari, mudah-mudahanm jika kita berminat kita akan bercakap dengannya,” tegas Nasser lagi.