Manchester City dan Chelsea akan memuktamadkan siapa juara Eropah yang baru pada malam ini.

1. High pressing

Thomas Tuchel dan Guardiola dua pengurus yang gemarkan high pressing. Namun Tuchel sebelum ini menggunakan pendekatan lebih defensif ketika berdepan dengan Guardiola dan ianya membuahkan hasil.

Adakah Tuchel akan menggunakan formula yang sama? Tampil sebagai pasukan lebih ke bawah dan menghukum Man City dengan serangan balas?

Guardiola mungkin juga akan menukar karakter pasukannya agar tidak terlalu agresif di high pressing? Kerana mereka tahu ini adalah final eropah dan tekanannya berbeza dengan final domestik.

2. Pemain tumpuan

Riyad Mahrez dan juga Timo Werner adalah pemain tumpuan pilihan kami. Mahrez dalam prestasi terbaik dalam hidupnya ketika ini. Beliau membuatkan setiap sentuhannya berpotensi menjadi emas.

Sementara itu, Timo Werner harus membuktikan sesuatu untuk perlawanan akhir. Orang akan lupa segala miss dan ofsaid yang banyak beliau lakukan jika mampu menjadi wira malam ini, tanya Fernando Torres.

Dari segi taktikal, Werner merupakan ancaman dari segi kelajuan dan keinginan beliau masuk ke dalam kotak penalti dengan segera. Cuma produk akhir beliau kerap mengecewakan.

3. Pertarungan penjaga gol

Ederson dan Benjamin Mendy merupakan pesaing untuk sarung tangan emas EPL musim ini yang dimenangi Ederson.

Kedua dua penjaga gol sedang dalam prestasi yang sangat baik. Mendy direhatkan sebelum ini dan kemudian dikeluarkan awal dalam aksi EPL sebagai langkah berjaga jaga kecederaan beliau.

Tetapi Mendy dijangka tiada masalah untuk diturunkan.

Ederson membuktikan kenapa beliau semakin menjadi perhatian dunia. Bukan sahaja bagus dalam binaan serangan namun prestasinya ketika menyelamatkan bola juga semakin meningkat.

https://twitter.com/JGFutbol10/status/1398502091556069376

Ederson mungkin lebih bernasib baik berbanding Mendy kerana barisan pertahanan City yang lebih stabil berbanding Chelsea.

4. Pertarungan di tengah

N’golo Kante merupakan big game player. Dan beliau sedia berdepan dengan barisan tengah Man City yang ada pemain seperti De Bruyne mahupun Gundogan.

Bahagian tengah sangat penting buat kedua dua pasukan. City biasanya menggunakan dominasi di tengah untuk membuli lawan mereka. Chelsea pula pasti sedar bahawa itu kekuatan utama City dan mereka sudah berjaya mengatasi masalah itu dalam dua pertemuan sebelum ini.

Rumusan

Jika mencari pasukan terbaik yang boleh menewaskan City musim ini, jawapannya adalah Chelsea di bawah Tuchel. Kerana mereka dalam prestasi luar biasa sejak Tuchel tiba.

Namun dari segi pengalaman di perlawanan akhir, Chelsea pernah tiba di final dan menjuarainya. Ini adalah final pertama Chelsea.

Guardiola mahu menamatkan kemarau UCL beliau sejak meninggalkan Barca.

Tuchel berpeluang menamatkan musim ini dengan luar biasa, menjuarai UCL pertamanya. Itu adalah sebab sebab utama beliau dipecat PSG.

Baca juga artikel

UEFA Bakal Mansuhkan Peraturan Gol Tempat Lawan

TERKINI: Man United Tawar Lanjutan Kontrak 3 Tahun, Ole Minta 4 Pemain Baharu

Ramos Terima Keputusan Enrique