Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas mengesahkan bahawa kelab tersebut sedang berusaha untuk membawa pulang Alexandre Lacazette.

Lacazette, 30, kini boleh berbincang dengan mana mana kelab secara terus tanpa melalui Arsenal. Ini kerana dia berada dalam fasa kurang enam bulan daripada status ejen bebas.

Lacazette boleh berunding dengan mana mana kelab untuk pra kontrak.

Lacazette merupakan bekas pemain Lyon. Menyertai Arsenal pada 2017 dengan yuran perpindahan £47 juta. Lyon kini sangat berharap akan dapat semula tandatangan bekas kapten mereka itu.

Aulas malah mengesahkan bahawa pihaknya dan Lacazette akan terus berhubung dari semasa ke semasa. Menganggap perpindahan Lacazette ini jauh lebih realistik berbanding dengan laporan kononnya Lyon mahu membawa pulang seorang lagi bekas pemainnya, Karim Benzema.

Jean-Michel Aulas menyatakan perkara itu dalam sidang media pengenalan Tanguy Ndombele yang menyertai mereka dari Spurs.

Aulas berkata: “Ianya Lacazette, dia menarik minat kami kerana hubungan dia dengan kelab ini. Profil dia menarik perhatian kami dan kami snetiasa berhubung dengannya.”

“Ini adalah sebahagian daripada idea oleh Pengarah Sukan baru, Bruno Cheyrou. Dari segi konteks kami, ya, Lacazette lebih realistik berbanding Benzema.”

“Kita harus mencuba dan lihat sama ada kita boleh mendapatkan beliau sebagai pemain percuma namun kami bukan satu satunya kelab [yang berminat melakukannya].”

Walaupun Lacazette dikatakan sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan kontrak jangka pendek di Arsenal, namun beliau ketika ini lebih cenderung untuk meninggalkan Arsenal selepas kontraknya tamat kelak.

Lacazette kini memainkan peranan lebih besar di dalam skuad Mikel Arteta selepas pemergian Pierre Emerick Aubameyang ke Barcelona. Lebih lebih lagi, Lacazette hanya seorang daripada dua penyerang no.9 yang Arsenal ada sekarang ini selain Eddie Nketiah.

Ketika beraksi untuk Lyon, Lacazette mencatatkan 129 gol daripada 275 penampilannya bersama pasukan tersebut.