Baru-baru ini timbul khabar angin mengenai kelab bola sepak Selangor United menarik diri daripada saingan Liga Premier 2020 ekoran masalah kewangan yang serius.

Tempat mereka dikatakan bakal diisi oleh Sarawak FA yang diturunkan pangkat ke Liga M3 selepas tewas kepada Kuching FA dalam perlawanan play-off minggu lepas.

Mengulas mengenai khabar angin itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais mengesahkan perkembangan itu dalam laporan daripada portal Suara Sarawak hari ini.

Beliau mengakui pasukan baharu itu kini sedang dibentuk dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat pada minggu depan.

Ia bermaksud slot Liga Premier milik Selangor United itu tidak dikorbankan dan kekal milik Selangor United, cuma bermain dengan nama yang berbeza, iaitu Sarawak United.

“Pasukan itu akan menjadi milik FAS dan bukan pasukan peribadi saya. Saya memikul tanggungjawab ini demi maruah negeri, dan kerana itu saya mengambil tindakan drastik ini,” katanya.

Posa Majais
FOTO: SB

Malah, pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa calon jurulatih yang layak untuk membimbing pasukan itu.

Terdapat 5 calon jurulatih dari luar negara dan tiga jurulatih tempatan dilaporkan berminat untuk mengisi jawatan ketua jurulatih Sarawak United.

“Kami akan memanggil kesemua calon ini untuk proses temu duga yang akan dilangsungkan dalam masa terdekat. Kami akan memilih yang terbaik dan kali ini benar-benar bersedia untuk beraksi dalam Liga Perdana,” katanya lagi.

FAS juga meletakkan sasaran untuk kembali ke Liga Super pada tahun 2021 dan berharap kerajaan negeri dapat membantu dari segi kewangan untuk membolehkan mereka menyenaraikan barisan terbaik.

“Kami berharap dana Kerajaan Negeri dapat disalur pada awal musim, untuk membantu membentuk pasukan dan memilih pemain yang terbaik,” katanya.

Selangor United layak ke Liga Premier 2019 setelah muncul sebagai naib juara Liga FAM pada tahun 2018. Mereka menghuni kedudukan kesembilan pada musim ini manakala Sarawak menghuni kedudukan tercorot dengan 16 mata.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

KFA Bakal Tubuhkan FC Kedah Seawal Tahun 2020 Bagi Memenuhi Syarat FAM

Liridon Krasniqi Dilihat Sedang Menjalani Latihan Bersama Pasukan JDT, Sedia Beraksi Untuk Harimau Malaya 2020?

FC Seoul Menanti Pasukan Kedah FA Jika Layak Ke Saingan Play-Off AFC Champions League 2020

Sumber