Sebuah portal sukan dari Bahrain telah mendedahkan safu berita mengenai perpindahan pemain yang dikenali senabai Habib Haroon ke pasukan Terengganu.
Bahrain Sports News (BSN) melalui laman sosial Instagram mereka telah memuat naik gambar yang disertakan dengan caption seperti dibawah:
“Pemain pasukan, Habib Haroon akan berhijrah ke Malaysia untuk menyarung jersi pasukan Terengganu dalam saingan Liga Super Malaysia dan juga AFC Cup 2021.”
Kenyataan ini telah didedahkan oleh wartawan BSN yang dikenali dengan nama Mazen Anwar ini telah menimbulkan keterujaan dikalangan penyokong pasukan Terengganu khususnya yang banyak meninggalkan komen diplatform tersebut.
Tinjauan di laman sosial Instagram peribadi Habib Haroon juga mendapati pemain itu turun memuatnaik story mengenai berita tersebut, namun sejauh manakah kebenarannya masih menjadi tanda tanya.
Memakai jersi 30 bersama Al Khaliditlyah dalam saingan Liga Perdana Bahrain, data dan statistik Habib Haroon tidak banyak boleh didapati, tetapi pengalaman aksi di AFC Cup dan AFC Champions League mungkin jadi aset penting pemain ini untuk pasukan Terengganu.
Semalam, pasukan Terengganu baru sahaja mengumumkan kembalinya Lee Tuck untuk baki bola sepak 2021 secara pinjaman dari Pahang.
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda.
FA Thailand Sahkan Theerathon Bunmathan Tidak Akan Sertai Baki Kempen Pusingan Kelayakan Di Dubai
RASMI: Sri Pahang Umum Lee Tuck Dipinjamkan Ke Terengganu, Akan Kembali Semula Musim Hadapan
Penyokong Vietnam ‘Pening’ Bagaimana Pemilihan Penjaga Gol Dilakukan Untuk Misi Penting Di UAE