Kelab dari Pantai Timur, Terengganu mengumumkan ketibaan pemain tengah import dari Bahrain, Habib Haroon bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.
Perkara ini diumumkan oleh Terengganu menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Habib menjadi pemain import kedua yang ditandatangani pada jendela perpindahan kedua musim 2021 setelah Lee Tuck.
Habib Haroon merupakan pemain kelahiran Nigeria yang memiliki passport Bahrain. Ini membolehkan beliau mengisi kekosongan kuota pemain Asia yang ditinggalkan oleh pemain Australia, Christopher Herd ekoran kecederaan meniscus.
Pemain berusia 21 tahun ini bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Petrus Shitembi yang berehat panjang ekoran mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) sebelum saingan musim 2021 membuka tirai.
Sebelum menyertai Terengganu, Habib membantu kelab kelab Bahrain, Al Khalidiya meraih kedudukan naib juara liga divisyen 2 Bahrain bagi musim 2020-2021.
Sayangnya, Al Khalidiya terlepas peluang untuk merangkul trofi kejuaraan apabila tewas 1-2 dalam perlawanan tersebut di tangan pasukan Al Hala.
Selain itu, Habib turut mempunyai dua penampilan di pentas kelayakan AFC Champions League (ACL) 2020 ketika menentang Chennai City (India) dan Padideh Khorasan (Iran).
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Pilihan Pemain Isi Posisi Pertahanan Kiri Pada Aksi Menentang Thailand
Selangor Bawa Masuk Seorang Lagi Pemain Import Pinjaman Daripada Kelab Accra Lions