Beberapa hari lalu, mungkin ramai diantara peminat bola sepak dari Malaysia menonton perlawanan Thai League 1 diantara Port FC bertemu Police Tero FC dimana perlawanan itu terhenti apabila lampu limpah stadium rosak sepenuhnya mengakibatkan stadium bergelap.

Hari ini selepas jawatankuasa disiplin FA Thailand mengadakan mesyuarat, mereka telah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman kepada Port FC atas kegagalan memastikan fasiliti distadium memenuhi syarat dan peraturan.

Dimaklumkan bahawa, dalam saingan Thai League, pasukan tuan rumah perlu mencari penyelesaian dalam tempoh 60 minit untuk membolehkan perlawanan disambung semula.

119440146_3210408859078885_4701565566604552565_o

FA Thai menjatuhkan hukuman Port FC kalah 0-2 kepada Police Tero FC serta denda sebanyak THB50,000 atau RM6,600. Selain itu, Port FC dijangka perlu membayar segala kos yang terlibat keatas pasukan lawan yang bertandang ke stadium termasuk kos penginapan, pengangkutan, makan minum dan sebagainya.

119192747_3210589489060822_5258704488660382368_o
Inilah keadaan stadium selepas lampu limpah terpadam mengakibatkan perlawanan tidak dapat diteruskan walaupun berbaki hanya 3 minit.

Walaupun dari segi kewangan, Port FC tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjelaskan semua denda, namun hukuman kalah 0-2 itu adalah yang paling berat untuk diterima apabila mereka sepatutnya memiliki sekurang-kurangnya 1 mata jika perlawanan tamat berkesudahan seri 1-1.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Khalid Ali: Perpindahan Sumareh Ke Police Tero FC Sekadar Satu Persinggahan, Tempoh Bertenang Sebelum Ke Pasukan Lain

Isu Pengadil: Penjaga Gol Sabah Terkeluar Dari Posisi, Sepakan Penalti PJ City Perlu ‘Retake’ Atau Tidak?

TMJ: 1 Atau 2 Penalti Untuk Terengganu Dan 1 Kad Merah Untuk Dominic Silva, Pengadil Gagal Kawal Perlawanan Dengan Baik