100 anggota Polis Kota Malang dipimpin Ketuanya, Budi Hermanto secara spontan bersujud beramai-ramai bagi memohon maaf susulan tragedi rusuhan besar-besaran yang melibatkan penyokong di Stadium Kanjuruhan, Indonesia ketika perlawanan diantara Arema FC menentang Persebaya Surabaya minggu lepas.
Baca Juga:
- Suara Mirip TMJ ‘Sound’ IJF Kerana Hina Mangsa Rusuhan
- Penyokong Arema Merusuh, 127 Orang Meninggal Dunia
- Tragedi Kanjuruhan: Abel Camara “Saya Melihat Penyokong Meninggal Dunia Di Depan Mata”
- Gas Air Mata Tegas Dilarang Oleh FIFA, Kenapa Ditembakkan Di Stadion Kanjuruhan?
Ia adalah satu lagi sejarah hitam dalam bola sepak di negara itu dan difahamkan telah mengorbankan lebih 130 orang penyokong termasuk kanak-kanak. Malah, kemudahan di stadium tersebut turut rosak teruk dan kenderaan polis telah dibakar.
Setelah keadaan menjadi tidak terkawal ekoran terlalu ramai penyokong yang memasuki padang sehingga memaksa pihak polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan penyokong itu.
Penggunaan gas pemedih mata oleh pihak polis ketika rusuhan tersebut berlaku turut dipersoalkan oleh peminat bola sepak dari seluruh dunia.
Hal ini kerana menurut peraturan Badan Bolasepak Dunia (FIFA), penggunaan gas pemedih mata adalah dilarang dalam mana-mana perlawanan Liga Domestik atau peringkat antarabangsa.
KAPOLRESTA Malang Pimpin Sujud Massal.
Atas Tragedi Kanjuruhan: Permohonan ampun kepada tuhan dan permohonan maaf kepada keluarga korban.Ditunggu selanjutnya Ade Armando minta maaf ga??? pic.twitter.com/lghzHknwuQ
— tĀ°Jabar (@tijabar) October 10, 2022
Tindakan sujud itu dilakukan ketika rutin perhimpunan taklimat pagi di dataran Markas Kepolisian Resor Malang Kota.
Kompas melaporkan, Budi Hermanto mengatakan tindakan bersujud itu juga untuk memohon ampun kepada Tuhan Yang Maha Esa.
“Kami mendoakan kesejahteraan saudara kita yang terkorban dalam mangsa tragedi Kanjuruhan. Semoga keluarga yang ditinggalkan pula diberi ketabahan dan kita sama-sama memohon keampunan kepada Allah SWT supaya kejadian ini tidak berulang,” kata pegawai kanan polis yang dikenali sebagai Buher itu.
Sementara itu, Ketua Perhubungan Masyarakat Polis Kota Malang, Eko Novianto menjelaskan tindakan memohon maaf dan mendoakan bersama untuk mangsa tragedi Kanjuruhan itu dilakukan secara spontan.
Menurutnya, terdapat kira-kira 100 anggota Polis Kota Malang menyertai sujud beramai-ramai pada perhimpunan pagi itu.