Mauricio Pochettino telah menyatakan bahawa dia tidak boleh menerima Romelu Lukaku yang toksik berlatih bersama pemain utama yang lain.
Baca Juga:
- Pemilik Chelsea Arahkan Lukaku Segera Dijual Ke Arab Saudi
- Al Hilal Mahu Beli Lukaku £40 Juta
- Lukaku Jadi Mangsa Serangan Perkauman
Ini kerana dia tidak mahu sikap toksik pemain itu akan mempengaruhi beberapa pemain lain.
Lukaku masih belum ada kelab baharu dan dia sudah pun kembali berlatih di Chelsea. Pemain itu sebelum ini menyatakan dia memang sudah tak ada hati untuk bermain untuk Chelsea lagi.
Pochettino pada masa yang sama sudah lama menganggap Lukaku sudah ‘tidak ada’ dalam pasukan itu.
Lukaku berdepan masalah untuk berpindah ke Inter Milan atau Juventus. Ianya kerana dia sendiri.
Inter menamatkan minat untuk mendapatkan Lukaku selepas pemain itu mengadakan rundingan di belakang mereka untuk menyertai Juventus.
Inter kecewa kerana kelab itu sedang berusaha mengumpul dana untuk membeli Lukaku secara tetap. Javier Zanetti sendiri terkejut dengan sikap teruk Lukaku ke atas Inter.
Inter vice president Zanetti: “Lukaku has betrayed us. We’re very disappointed”. 🔵🇧🇪 #CFC
“We expected completely different behaviour by Romelu, as professional but also as a man”, told Gazzetta. pic.twitter.com/RxlODyqH0C
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 8, 2023
Chelsea memang sudah berusaha menjual pemain itu. Dan dia masih tidak mendapat nombor skuad untuk musim baharu.
Chelsea menerima tawaran dari Arab Saudi untuk Lukaku namun pemain itu menolaknya kerana masih mahu bermain di Eropah.
Juventus yang sebelum ini menyatakan minat mendapatkan Lukaku berdepan masalah kerana mereka tidak dapat menjual Dusan Vlahovic.
Pochettino jelas tidak gembira dengan reputasi Lukaku yang dianggap toksik dan tidak begitu bagus dalam bilik persalinan.
Dia telah memutuskan untuk berunding dengan Juventus sebelum malam final UCL kerana kecewa dia diberitahu dia tak akan menjadi pemain kesebelasan utama dalam aksi final tersebut.
🚨 Romelu Lukaku is training alone at Cobham.
Mauricio Pochettino doesn't want his negative energy around the team.
(Source: @Gazzetta_it) pic.twitter.com/X15eToBEfu
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) August 10, 2023