Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah menerima penggabungan PKNS FC sebagai ‘feeder club’ pasukan Selangor bagi mengharungi kempen Liga Malaysia musim hadapan.

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon menyatakan penggabungan PKNS FC telah dipersetujui oleh 47 ahli gabungan yang hadir pada mesyuarat Kongres Luar Biasa FAS yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini.

FAS
Dr Johan Kamal Hamidon

“Ini adalah salah satu proses yang perlu dilalui dan secara dasarnya di peringkat FAS kami bersetuju untuk menerima PKNS FC sebagai ‘reserved team’ atau ‘feeder club’ pasukan Selangor.

“Jadi di peringkat PKNS FC pula perkara sama juga perlu dilakukan sebelum kami memanjangkan permohonan ini kepada pengendali Liga Bola Sepak Malaysia (MFL),” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Jika proses penggabungan PKNS telah selesai, maka kelab tersebut bakal turun pangkat ke Liga Premier dan tidak boleh menyertai saingan Piala FA serta Piala Malaysia pada musim depan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor dan PKNS FC di sini:

FAS Sedia Membantu MFL Cari Penaja

Peter James Butler Panggil Penyerang PKNS FC, Kpah Sherman Sertai Skuad Kebangsaan Liberia