Nama Badhri Radzi dalam bola sepak Kelantan mungkin tidak akan dilupakan dalam sejarah pasukan The Red Warriors atas segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan sehingga berjaya membawa skuad itu mengecapi saat manis dalam Liga Malaysia suatu ketika dahulu.

Pemain yang lebih dikenali dengan panggil Piya itu kini sedang beraksi dengan pasukan Kelantan United telah berkongsi dengan VocketFC beberapa cerita ketika era kegemilangan pasukan Kelantan terutama sekitar musim 2010 hingga 2014 termasuk kisah gandingan dibahagian tengah bersama Shakir Shaari.

Shakir Shaari Adalah Enjin Utama Pasukan Kelantan.

“Shakir Shaari ni memudahkan kerja saya dalam padang.”

Ini adalah antara kata-kata yang keluar dari mulut bekas kapten Kelantan itu apabila diajukan soalan berkenaan gandingan beliau dan Shakir Shaari.

“Shakir dibelakang saya ini adalah enjin pasukan. Dia buat kerja dibawah, dan saya pula untuk attack sahaja. Kalau saya sendiri rasa ada tenaga, saya akan turun support Shakir dibawah.”

“Nak cari macam Shakir ni payah la. Contoh paling dekat adalah macam Hariss Harun di JDT.”

“Perlu ada juga pemain seperti ini dalam pasukan untuk gallo (dirty work), collect bola, ambil bola 2nd ball, pass kepada saya dan saya uruskan selepas itu.”

Ada Shakir Shaari, Saya Tidak Penat, Sempat Buat Keputusan Dengan Tepat.

Piya turut mengakui ketika bergandingan dengan Shakir Shaari dalam pasukan Kelantan dahulu, beliau ‘tidak penat’ beraksi sebab dibahagian bawah Shakir Shaari sudah cover dan hanya perlu menunggu hantaran untuk attack pasukan lawan.

“Sebab itu saya sendiri mampu untuk menjaringkan gol, membuat assist dan saya sendiri mempunyai masa yang banyak untuk fikir untuk buat through-pass pada masa yang tepat.”

“Jadi mental saya pun tidak penat, dan kalau masih ada tenaga biasanya saya akan turun cover Shakir pula.”

bolasepak-20

Apabila diajukan soalan adakah benar sekiranya salah seorang tidak dapat turun beraksi, maka perkara itu akan menjejaskan prestasi pasukan terutama dibahagian tengah Kelantan, dan ini jawapan dari Piya.

“Ada juga begitu. Saya dan Shakir sebenarnya cukup serasi sehinggakan saya disuruh untuk stay diatas tak payah turun. Gandingan saya dan Shakir amat simple, kedua-dua buat kerja masing-masing. Sebagai contoh, dia akan rampas balik bola dan buat hantaran kepada saya yang sedia untuk serang lawan. Itu saja.”

“Ketiadaan Shakir dalam game memang akan membuatkan rencana pasukan sedikit ‘cacat’ atau ugoh (tidak lengkap).”

“Bila bola ada dikaki, Shakir ni cukup rileks, tenang dan tiada masalah.

Kelantan Tiada Pengganti Posisi Shakir Shaari Sehingga Kini.

Piya menjelaskan selepas penghijrahan Shakir ke JDT, mereka sentiasa mencuba ramai pemain untuk mengisi posisi yang ditinggalkan itu tetapi sukar untuk menemuinya.

Defensive midfield ketika itu sentiasa bertukar. Lama sebenarnya untuk mencari pemain yang boleh atau sama seperti Shakir.”

“Saya tanya, siapa boleh ganti pemain posisi Shakir dalam pasukan Kelantan sampai hari ni? Tak dok. Memey takdok.

“Kehilangan Shakir pada 2014 tu memang menjejaskan saya dan pasukan. Saya rasa lebih penat kerana turun kebawah kutip bola, bawa keatas, berfikir nak tolak bola lagi dan sebab itu tidak mampu untuk beraksi seperti prestasi sebelum ini.

“Macam sebelum ini, tiada masalah saya main bola sebab Shakir ada. Nak cari pemain macam Shakir Shaari ni, sampai hari ni tak jumpa lagi.”

Aksi Bersama Harimau Malaya Mengecewakan, Piya Jawab Soalan Ini.

“Macam kita main Malaysia ni, harapan rakyat Malaysia ni boleh atau tidak beraksi seperti di Kelantan.”

FBL-AFF-SUZUKI CUP-MAS-THA
Thailand’s Chanathip Songkrasin (C) controls the ball against Malaysia’s Badhri Radzi (bottom) during their AFF Suzuki Cup 2014 second-leg final football match at the Bukit Jalil National Stadium in Kuala Lumpur on December 20, 2014. AFP PHOTO / MOHD RASFAN (Photo credit should read MOHD RASFAN/AFP/Getty Images)

“Jadi beza dia adalah ramai pemain tak main sekali. Ramai yang kita tak main sekali bersama-sama. Masa tu ramai orang sebut ‘kenapa tak panggil Piya, tak masuk Piya’ dan sebagainya.”

“Main dengan Malaysia ini, sudah ada key player sendiri dan tahap keserasian saya bersama pasukan tidak sama seperti bersama pemain dalam pasukan Kelantan. Ini puncanya.”

Aura Safiq Rahim Dalam Skuad Kebangsaan Memang Gila!

Dalam menjelaskan pengalaman beliau beraksi dalam kem skuad kebangsaan, Piya menjelaskan bahawa aura Malaysia itu ada pada Safiq Rahim.

“Aura Safiq Rahim ni memang kuat dan gila! Dia main Malaysia, dia boleh buat apa saja dia nak sebab bila main dengan Malaysia dia luar biasa!”

“Kalau main dengan kelab, mungkin tidak luar biasa atau segila seperti aksi bersama skuad Malaysia. Begitu juga saya, mungkin dengan Kelantan luar biasa, tetapi bersama Malaysia biasa sahaja.”

Kini Piya cuba untuk membawa pasukan Kelantan United untuk terus mendaki hierarki bola sepak Malaysia seperti mana yang pernah beliau lakukan ketika bersama Kelantan dalam saingan Piala FAM suatu ketika dulu

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

Chanathip: Final AFF Suzuki Cup 2014 Di Bukit Jalil Bertemu Malaysia Adalah Perlawanan Paling ‘Favourite’

Kelab Thai League 3 Sah Tamatkan Kontrak Zafuan Azeman, Angthong FC ‘Lumpuh’ Akibat COVID-19

Omar Abdulrahman Dikaitkan Perpindahan Ke Juara Liga India, ‘Amoory’ Diperlukan Dalam AFC Champions League