Kelab bola sepak Petaling Jaya City (PJ City) hampir melakar kejutan apabila bangkit menyamakan kedudukan namun dinafikan oleh juara liga super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT), 2-4 pada pertemuan menarik Piala Malaysia di Stadium Larkin, malam tadi.
Dalam perlawanan tersebut, PJ City yang dikendalikan oleh K. Devan mempamerkan disiplin yang tinggi di bahagian pertahanan dan kerap kali memberi kesukaran pada penyerang JDT untuk memburu jaringan awal.
Namun pada minit ke 6, Stadium Larkin bergema dengan sorakan penyokong apabila Safawi Rasid membuka tirai jaringan melalui rembatan dari luar kotak penalti yang mudah menewaskan penjaga gol PJ City.
6' | GOL SAFAWI!@OfficialJohor membuka tirai jaringan di Larkin melalui jaringan dari luar kotak penalti oleh Safawi Rasid.#PialaMalaysia2019#MFLLive#JDTPJC pic.twitter.com/rrsLzs1yKs
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 7, 2019
Keputusan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama tetapi situasi berbeza dipamerkan dalam babak kedua. Dua minit selepas pengadil meniup wisel sepak mula di separuh masa kedua, JDT terus melancarkan asakan dan berjaya menghukum kealpaan benteng pertahanan lawan melalui jaringan Diogo Luis Santo.
46' | GOL DIOGO!@OfficialJohor menggandakan kedudukan di Larkin melalui jaringan 'tap-in' oleh Diogo Luis Santo untuk mencatat gol ketiga peribadi beliau dalam Piala Malaysia 2019.#PialaMalaysia2019#MFLLive#JDTPJC pic.twitter.com/uet9cstX41
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 7, 2019
Bagaimanapun, kedudukan 2-0 itu tidak mematahkan semangat PJ City untuk mencari jaringan penyamaan dan terus mengandakan serangan ke kubu tuan rumah.
Pada minit ke 59, satu kesilapan telah dilakukan oleh Aidil Zafuan yang menanduk bola ke belakang dan berjaya disambar oleh penyerang import PJ City, Washington Brandao Dos Santos sebelum menolak masuk bola ke pintu gol yang sudah ternganga.
59' | GOL WASHINGTON!
PJ City FC mengurangkan defisit di Larkin melalui jaringan oleh Washington Brandao selepas satu kesilapan yang dilakukan oleh Aidil Zafuan.#PialaMalaysia2019#MFLLive#JDTPJC pic.twitter.com/k6ZXy9S8nE
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 7, 2019
Jaringan tersebut telah membangkitkan semangat pasukan lawan untuk mendapatkan gol kedua dan PJ City sekali lagi manfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh bahagian tengah JDT dengan melakukan serangan balas lalu disudahkan oleh Barathkumar Ramaloo hasil umpanan daripada Washington.
70' | GOL BARATHKUMAR!
PJ City FC berjaya menyamakan kedudukan di Larkin melalui jaringan oleh R. Barathkumar.#PialaMalaysia2019#MFLLive#JDTPC pic.twitter.com/v9Nour1x2V
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 7, 2019
Kedudukan 2-2 itu hanya bertahan selama dua minit apabila Diogo menjaringkan gol kedua dengan hasil hantaran daripada Safawi. JDT turut mengambil peluang melalui sentuhan klinikal Gonzalo Cabrera untuk menjadikan kedudukan 4-2 , sekali gus menyaksikan JDT unggul dalam Kumpulan B dengan 6 mata setakat ini.