Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mengakui beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menggalas tugas sebaik mungkin sekiranya diberi kepercayaan pada perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini.
Baca Juga:
- JDT Nafi Tuduhan Mereka Punca Penurunan Prestasi Safawi Rasid
- Chanathip Songkrasin Muat Naik IG Story ‘Swap’ Jersi Dengan Safawi Rasid, Ucap Semoga Cepat Sembuh
- TMJ: “Safawi Bukan Cedera ACL Tetapi Kita Akan Main Di ACL”
Safawi sudah pastinya mengimpikan peluang untuk diturunkan oleh Hector Bidoglio pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu memandangkan ini adalah aksi pertamanya di pentas final kejohanan tersebut bersama JDT.
Baginya, meskipun di atas kertas JDT dilihat pasukan pilihan untuk menjulang trofi, mereka tidak pernah mengambil mudah setiap perlawanan dan tetap berwaspada dengan strategi Terengganu FC pada Sabtu ini.
“Saya rasa perjalanan untuk ke final setakat ini berjalan lancar dan kalau diberi peluang bermain, ini adalah final Piala FA pertama selama saya di JDT.”
“Jadi, saya tidak akan melepaskan peluang dan akan memberikan yang terbaik di mana pasukan ini juga akan bermain habis-habiskan untuk cuba mendapatkan piala.”
“Bagi saya, dalam mana-mana perlawanan sekalipun termasuklah liga kami sentiasa berwaspada dan kali ini kami akan memberikan sehabis baik untuk aksi final,” ujar Safawi Rasid.
Aksi JDT bertemu Terengganu bakal menjanjikan saingan menarik dimana pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini sentiasa berlangsung dengan intensiti dan berkualiti tinggi.
Sejak proses transformasi bermula musim 2013, JDT layak ke perlawanan akhir Piala FA sebanyak dua kali dimana final 2013 mereka tewas 0-1 ditangan Kelantan manakala muncul juara edisi 2016 selepas menundukkan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam.